Hari Perarakan Penamaan Calon

| | 0 comments

Assalamualaikum Warahmatullah..

Pilihanraya umum bertandang lagi..dan kali ni merupakan kali pertama aku boleh mengundi..tentunya semangat berjuang tu berkobar-kobar..rasa xsabar untuk bersama-sama pengundi veteran/senior turun padang untuk jalankan tanggungjawab yg ku kira agak besar dlm menentukan pemimpin yg benar2 layak untuk mentadbir sebuah negara Islam..

Tanggal 24 februari 2008 merupakan hari2 penting sebelum PRU..ni merupakan hari penamaan calon..aku xlepaskan peluang yg ade tuk same2 berjuang..join perarakan besar ni..kami diminta berkumpul pada jam 7.30 pagi di Pejabat Pas Kawasan Dungun..aku ngan asben hadir sedikit lewat..hampir jam 8 pagi..huhu..berjuang,berjuang jugak..umah pun kena uruskan dulu b4 keluar..

setibanya disana,xsampai 5 minit perjalanan,org ramai tengah berkumpul..tiada ucapan aluan..yg ada sekadar arahan untuk memastikan barisan berada dalam keadaan tersusun dan duduk dlm kelompok yg betul..seperti biasa,muslimin yg akan mengetuai perarakan ini..dalam pukul 8 lebih,doa dibacakan oleh Ust Suhaimi Daud,ketua urusan ulama Pas kawasan Dungun,sebelum melepaskan kami semua..muslimin memakai baju bersih/kuning sementara muslimat berpakaian hijau..

aku kelihatan segak(ahakz)menggantungkan kain kuning(bersih)di leherku dan memakai headban dgn logo Pas yg dililit di kepala..aku jugak disuruh memegang sepanduk doa memohon kemenangan Pas dalam pilihanraya akan datang..blh tahan beratnya..tp xpe,ini pun dikira berjuang jgk..sangat meriah..disepanjang jalan berhampiran traffic light utama Dungun,bendera2 Pas mengiringi perjalanan kami..dengan penyokong yg memberi sokongan dari tepi..makin laju langkah diatur..lebih kurang pukul 9 lebih,kami sampai di Pejabat Daerah Dungun..

agak jauh jgk antara penyokong Pas dan BN..kami tak henti2 melaungkan takbir..kemudian kami berzikir..melaungkan kata2 semangat..dan selama mana calon2 berada dalam pejabat daerah,seorang wakil telah dua kali membacakan doa..terasa sebak dan sayu tika doa dibacakan..dgn suara yg seakan2 merayu,merintih memohon pertolongan dari Allah s.w.t dalam PRU xlama lagi..kami semua tak berganjak walaupun cuaca semakin terik..matahari tegak dikepala..namun semuanya masih bertahan..kira2 jam 12.30 tengahari,calon2 yg bertanding pun diumumkan..Ust Wan Hassan paling banyak menerima bantahan iaitu sebanyak 4 bantahan..setelah masa cukup,tiada calon yang ditolak pencalonannya..calon2 yg bertanding untuk Daerah Dungun seperti berikut...

P39 (Parlimen Dungun)

UMNO - Matulidi Jusoh
PKR - Shamsul Iskandar @ Yusre Mohd Akin

N25 (Bukit Besi)

UMNO - Datuk Din Adam
PAS - Nordin Othman

N26 (Rantau Abang)

UMNO - Za'abar Mohamed Adib
PAS - Azman Shapawi Abdul Rani

N27 (Sura)

UMNO - Mohd. Rosli Harun
PAS - Wan Hassan Mohd Ramli

N28 (Paka)

UMNO - Zakaria @ Ariffin Abdullah
PAS - Satiful Bahri Mamat

semuanya berakhir kira2 jam 12.45 tengahari dalam keadaan aman dan tenang...semoga PRU kali ni memberi kemenangan kepada BA,insyaAllah..takbir,Allahuakbar..

Read More !

mari pakat kelik ngundi

| | 0 comments


meh pakat kelik ngundi..pakoh PAS deh..buat satu perubahan..beri kami satu peluang..baru la tau samaada janji2 tu palsu atau benar..marilah same2 kita bentuk negara kebajikan..hidup berlandaskan syariat Islam..di bawah pentadbiran islam sebenar..

Read More !

Detik Itu.....

| | 0 comments

Tanggal 21 Disember 2007,aku sah menjadi isteri kpd abg..majlis akad nikah kat umah abg..xjauh pun dari umah aku..^_^..owh kisah cinta kami hanya seketika..kiranya cam cinta lps kawen..kami mula kenal pd bulan ogos 2007..xsangka abg kpd buah ati ku adalah kwn baik ayah..1 kebetulan di situ..^_^..kuarga abg dtg merisik pd 31 ogos 2007 dan kami mengikat tali pertunangan pd 7 sept 2007..kami hanya bertunang dlm tempoh yg singkat..ni ade la skit pic masa majlis kat umah aku..aku pilih kaler pepel..sampaikan bilik aku pun kami kaler pepel jgk..^_^

ni majlis akad nikah..umah abang..jam 5.25 ptg..abg pakai baju yg aku berikan masa bertunang..


4 u..^_^


siyes weh..perut wa tgh lapo..dr pg xmakan..


sgt terharu time nih hokay...

Read More !

Wanita & Rama-Rama

| | 1 comments

Lihatlah rama-rama, ia cantik. Apabila pandangan kita dihiasi rama-rama, kita menjadi suka dan ceria. Hampir semua orang akan tersenyum melihat rama-rama.

Rama-rama mengindahkan alam dan menyempurnakan sekuntum bunga. Seindah mana pun bunga, tanpa rama-rama mahu hinggap di situ, tentu ada sesuatu yang tidak kena. Cubalah tangkap dan pegang rama-rama itu dengan sayapnya. Lihat apa yang melekat di jari anda, warna dan corak rama-rama itu telah berpindah ke jari-jari anda.


Kemudian lepaskan kembali, ia terbang tapi lebih terbuai oleh angin. Siapa pun yang akan menangkapnya kembali tidak tertarik padanya lagi. Harganya telah tiada untuk dikagumi, disimpan mahukan diawetkan.


Rama-rama ibarat wanita. Ia indah untuk dipegang tetapi nilainya cepat turun setiap kali ada tangan-tangan yang tidak wajar hinggap pada tubuhnya. Memang fizikalnya tiada apa- apa yang kurang, tapi harga diri dan maruah telah mula tercemar.


Begitulah wanita. Ia bagaikan rama-rama yang terbang membawa corak-corak indah , apabila corak-corak itu telah pudar ia tidak dipedulikan lagi. Harga rama-rama terletak pada warna dan coraknya; harga wanita terletak pada apakah tubuhnya masih tulen tatkala dia didampingi oleh suaminya.

Rama-rama terpaksa berjuang untuk memulakan hidupnya. Dia terpaksa membebaskan diri daripada kepompong. Bukan mudah untuk keluar daripada kepompong yang
mengikat itu. Sedangkan sepanjang berada di dalam kepompong tiada siapa pedulikannya, malah tatkala bergelar ulat ia lebih dibenci. Sulitnya untuk akhirnya bergelar rama-rama. Terpaksa melalui kitaran dan evolusi bentuk. Daripada sesuatu yang menjijikkan akhirnya bertukar menjadi sesuatu yang amat menyenangkan. Rama-rama adalah contoh terbaik wanita untuk sedar betapa bernilainya kehidupan mereka.

Sewaktu anda dipuja, usah terlalu mabuk sebaliknya kenang-kenang kehidupan serba susah sebelum itu. Sewaktu anda digoda, dihambat dan dirayu usah terlalu mudah menyerah sebab ingatlah mereka yang bersusah payah memastikan anda dapat bangkit sebagai manusia sempurna hari ini. Anda tidak muncul sendiri, sebaliknya anda adalah lambang pengorbanan ibu bapa.


Usah jadi rama-rama yang di dalam bingkai gambar indah dipandang tetapi diri sendiri menanggung beban. Hiduplah dengan bebas dan terjemahkan kebebasan itu kepada nilai-nilai murni yang perlu dipertahankan. Hak anda ialah memelihara kehormatan. Selama mana anda memelihara kehormatan dan maruah diri anda berada pada taraf "A1"


Sebaik sahaja anda tidak peduli kepada siapa maruah itu hendak diberikan, anda sudah kehilangan masa depan. Kalaulah rama-rama tahu dia cantik dan sentiasa memukau penglihatan manusia, dia tentu tidak mudah-mudah terbang ke sana sini. Sebab setiap kali ia mengibarkan sayapnya, ia sentiasa terdedah pada bahaya.

Namun rama-rama tidak pernah tahu ia sebenarnya indah dan sentiasa menjadi sasaran manusia. Jika anda tidak pernah tahu kewanitaan anda itu adalah sasaran terpenting sang penceroboh, anda ibarat rama-rama yang tidak sedar diintai bahaya.


Mahalkan harga diri anda. Semakin sukar anda dimiliki semakin mahal nilai anda di sisi lelaki. Lelaki perosak hanya inginkan kuasa memiliki tetapi tidak mahu setia apalagi memelihara dan melindungi anda.


Usah terperangkap ke dalam tangan yang hanya akan meleraikan warna-warna anda. Setelah warna-warna itu hilang anda dibiarkan.

Jadilah wanita anggun yang punya nilai dan maruah diri, anda akan lebih dihormati.
Cinta itu terjemahan pada kasih sayang dan belaian sayang penuh ikhlas. Selama mana anda belum menemuinya anggap lah diri anda masih berhak terbang bebas bagaikan sang rama-rama.

Jadilah rama-rama yang mengindahkan alam , jadilah wanita yang membanggakan semua orang.


seindah hiasan adalah wanita solehah

Read More !

Gadis Melampau Menerima Padah

| | 0 comments

Menurut majalah MANAR ISLAM, pada suatu hari, seorang gadis yang terpengaruh dengan cara hidup masyarakat Barat menaiki sebuah bas mini untuk menuju ke destinasi di wilayah Iskandariah.Malangnya walaupun tinggal dibumi yang terkenal dengan tradisi keislaman, pakaian gadis tersebut sangat menjolok mata.

Bajunya agak nipis dan seksi hampir terlihat segala yang patut disembunyikan bagi seorang perempuan dari pandangan lelaki ajnabi atau mahramnya.Gadis itu dalam lingkungan 20 tahun. Di dalam bas itu ada seorang tua yang dipenuhi uban menegurnya. "Wahai pemudi! Alangkah baiknya jika kamu berpakaian yang baik, yang sesuai dengan ketimuran dan adat serta agama Islam kamu, itu lebih baik daripada kamu berpakaian begini yang pastinya menjadi mangsa pandangan liar kaum lelaki...."nasihat orang tua itu.

Namun, nasihatyang sangat bertetapan dengan tuntutan agama itu dijawab oleh gadis itu dengan jawapan mengejek. "Siapalah kamu hai orang tua? Apakah di tangan kamu ada anak kunci syurga? Atau adakah kamu memiliki sejenis kuasa yang menentukan aku bakal berada di syurga atau neraka?"

Setelah menghamburkan kata-kata yang sangat menghiris perasaan orang tua itu gadis itu tertawa mengejek panjang. Tidak cukup setakat itu, si gadis lantas cuba memberikan telefon bimbitnya kepada orang tua tadi sambil melafazkan kata kata yang lebih dahsyat. "Ambil hanphone ku ini dan hubungilah Allah serta tolong tempahkan sebuah bilik di neraka jahannam untukku," katanya lagi lantas ketawa berdekah-dekah tanpa mengetahui bahawasanya dia sedang mempertikaikan hukum Allah dengan begitu biadab.

Orang tua tersebut sangat terkejut mendengar jawapan dari si gadis manis. Sayang wajahnya yang ayu tidak sama dengan perilakunya yang buruk. Penumpang- penumpang yang lain turut
terdiam ada yang menggelengkan kepala kebingungan. Semua yang di dalam bas tidak menghiraukan gadis yang masih muda itu yang tidak menghormati hukum hakam itu dan mereka tidak mahu menasihatinya kerana khuatir dia akan akan menghina agama dengan
lebih teruk lagi. Sepuluh minit kemudian bas pun tiba perhentian.

Gadis seksi bermulut celupar tersebut di dapati tertidur di muka pintu bas. Puas
pemandu bas termasuk para penumpang yang lain mengejutkannya tapi gadis tersebut tidak sedarkan diri. Tiba tiba orang tua tadi memeriksa nadi si gadis. Sedetik kemudian dia menggelengkan kepalanya. Gadis itu telah kembali menemui Tuhannya dalam keadaan yang tidak disangka. Para penumpang menjadi cemas dengan berita yang menggemparkan itu.

Dalam suasana kelam kabut itu, tiba tiba tubuh gadis itu terjatuh ke pinggir jalan. Orang ramai segera berkejar untuk menyelamatk an jenazah tersebut. Tapi sekali lagi mereka terkejut. Sesuatu yang aneh menimpa jenazah yang terbujur kaku di jalan raya. Mayatnya menjadi hitam
seolah olah dibakar api. Dua tiga orang yang cuba mengangkat mayat tersebut juga kehairanan kerana tangan mereka terasa panas dan hampir melecur sebaik saja menyentuh tubuh si mayat.

Akhirn ya mereka memanggil pihak keselamatan menguruskan mayat itu. Begitulah kisah ngeri lagi menyayat hati yang menimpa gadis malang tersebut. Apakah hasratnya menempah sebuah bilik di neraka dimakbulkan Allah? Nauzubillah, sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa di atas segala sesuatu. Sangat baik kita jadikan ikhtibar dan pelajaran dengan kisah benar ini sebagai muslim sejati. Jangan sekali sekali kita mempertikaikan hukum Allah dan mahupun sunnah RasulNya saw dengan mempersendakan atau ejekan.

Kata kata seperti ajaran Islam tidak sesuai lagi dengan arus kemodenan dunia hari ini atau sembahyang tidak akan buat kita jadi kaya dan seumpamanya adalah kata kata yang sangat biadab dan menghina Allah, pencipta seluruh alam. Ingatlah teman, kita boleh melupakan kematian, tetapi kematian tetap akan terjadi bagi kita. Hanya masanya saja yang akan menentukan bila kita akan kembali ke alam barzakh. Janganlah menjadi orang yang bodoh, siapakah orang yang bodoh itu? Mereka itulah orang yang ingin melawan Tuhan Rabbul
alamin.

Read More !

HimPuNan 100 RiBu

| | 0 comments


syabas dan tahniah aku ucapkan buat semua yg sama-sama turun ke dataran merdeka utk berjuang..ni pun dikira sbg satu perjuangan..berjuang untuk menuntut pilihanraya yg bersih dan adil..aku sedikit terkilan sebab tak dapat bersama dgn mereka semua atas urusan yg tak dpt aku elakkan..namun begitu doa sentiasa mengiringi mereka pergi dan pulang..Alhamdulillah semuanya telah selesai..sebak dan terharu aku rasakan tatkala menatap foto para pejuang ini disembur dgn gas pemedih mata dan water canon..dan mereka tak pernah mengalah..Allahuakbar..dan antara ratusan ribu peserta ini,terselit dua org bapa saudaraku serta sepupuku yg turut bersama mereka..dan aku masih menanti cerita daripada mereka..

foto sekitar himpunan 100 ribu semalam - 10 Nov 2007





























Read More !

saLam LebaRaN

| | 0 comments



ari ni da masuk hari ke 25,kita umat islam berada dalam bulan ramadhan..masa yg berlalu sekejap jerk..ramadhan dah nak pergi tinggalkan kita..apakah kita bertemu lagi dengannya tuk tahun2 akan datang..kalau tidak,alangkah ruginya kita..so dengan baki yg masih ada ni,tingkatkan serta lipatgandakan lagi amalan kita..moga2 kita bertemu dengan 1 malam yg menyamai dengan 1000 bulan tuh..yg kalu xsilap aku,ust yg bagi tazkirah kat umah aku ckp,1000 bulan menyamai dgn 80/84 tahun dunia..masyaAllah...sampai ke kita pd usia begitu..alangkah beruntungnya kita kalu dpt bertemu malam lailatul qadar..

dikesempatan yg ade ni jgk,aku nak mintak berbillion2 maaf kat teman2 andai selama perkenalan kita,ade aku TERkasar bahasa..TERsilap tutur kata..TERsasul dlm sms..TERambik barang dgn tak sengaja..mana la tau..atau tulisan aku yg boleh buatkan korang rasa TERguris..kecik ati..ataupun ade tulisan aku yg bertentangan ngan pendapat korang..pahaman korang..buat korang rasa xpuas ati..tp ni blog aku..so aku punye suke nak letak pe pun..walo pape pun sebarang teguran korang aku trima..akan ku cuba baiki mana yg lemah..aku ni insan kerdil di sisiNya..insan yg tak perfect..insan yg xlepas dlm melakukan kesilapan...so harap2 korang maafkan aku...atau ni mungkin syawal terakhir kita bersama..

pada yg da kenal aku tu jemput la mai raya kat umah..pd yg xkenal pun blh mai jgk..umah aku sentiasa terbuka tuk menyambut kedatangan teman2 semua..walopon sambutannya agak hambar..tak berapa nak raya thn ni..tp col/sms dulu b4 mai..sebarang mslh yg dihadapi psl xinfo dulu nak mai bukan tanggungjawab aku..ngeh..ngeh..ngeh..^_^...

p/s : sori la kawan2..banglo kureng memuaskan..jgn terkejut da la ye..(",)

Read More !

[ .:safashasyahu:. © 2009 ]
[ Designed by وان ][ Powered by Blogger ]

[ Top ]
[ Home ]