marilah mari pergi mengundi...^_^

| | 0 comments

Assalamualaikum warahmatullah..

Alhamdulillah pilihanraya umum ke 12 sudah selesai..segala pertanyaan siapakah yg bakal mentadbir negara?kekalkan kerajaan sedia ada?kini semuanya telah terjawab..pertamanya sekalung tahniah buat negeri kelantan yg terus mengekalkan kemenangan...negeri ini agak sukar ditembusi lawan..Alhamdulillah sinar islam terus bertapak disana..tak lupe jugak buat empat lagi negeri yg tak dijangka iaitu kedah,perak,pulau pinang dan selangor yg berjaya ditawan Barisan Alternatif(BA)..

aku adalah antara senarai yg layak mengundi..pukul 8.30 pagi aku melangkah keluar untuk menunaikan tanggungjawab tersebut..xpayah berkereta atau bermotorsikal tp sekadar berjalan kaki..aku mengundi di sekolah kebangsaan pusat dungun,depan rumah ibu mertuaku..^_^..aku keluar awal mengundi sebab aku perlu bertugas pada jam 10 pagi..dgn diiringi suamiku,kami sama2 pergi mengundi..saluran kami bersebelahan,aku di saluran 5,dia di saluran 4..orang tak berapa ramai tp kelancaran perjalanan nama dipanggil agak perlahan..bila jam hampir 9 pagi dan aku masih tak berganjak dari kedudukan asal,aku terus keluar barisan..ini kerana pass ejen mengundi serta surat akuan belum ku ambil..

aku terus menuju ke bangsal panas utk ambil brg2 berkenaan..setibanya aku kat sana,aku dimaklumkan jadual bertugas ditukar pula..aku kena bertugas jam 2 ptg..nk masuk blk aku dah malas,akhirnya aku tunggu ayah utk masuk bersama..kira2 jam 10 lebih aku masuk utk membuang undi..pes taim masa ni..seronok ade..berdebar pun ade..hehe..xsampai 5 minit aku siap mengundi..selesai mengundi aku bergegas pulang utk menghadiri majlis perkahwinan saudaraku..pergi sekadar utk bertemu mata..aku xblh lama psl aku kena bertugas jam 2 ptg...

selesai mkn,aku ngan suami blk umah pulak..amik handycam pergi rakam suasana pru di kawasan2 yg terlibat..tp dlm keadaan tergesa2 sbb masa xmengizinkan..pukul 2 ptg aku terus ke tmpt aku mengundi td utk jalankan tugas..aku bertugas di saluran 5..ni la pertama kali aku jg polling agent(agen tmpt mengundi)..time aku tugas,saluran 5 xberapa ramai..so adelah masa tuk rehat sekejap..2 jam masa yg diperuntukkan tuk polling agent aku rasa sgt singkat..lbh krg pukul 4 lbh,aku keluar dan disambung org berikutnya..selesai bertugas,aku pulang ke rumah utk merehatkan badan..sehari suntuk aku berjalan ke sana ke mari...

ade jgk pengundi hantu yg ditangkap di dua sekolah di dungun..mereka berjaya dihalang..opss sblm aku lupe,ade satu insiden dimana ade 2 wanita(puteri umno agknya)pergi mengundi jam 5.10 ptg di sekolah smasid,dungun..mereka jgk kami halang..

aku agak terkilan bilamana terengganu masih lg tewas di tgn BN..walopon begitu tmpt aku N27 Dun Sura Ust Wan Hassan Mohd Ramli menang dgn majoriti 1000 melawan Mohd Rosli Harun...walopon xberjaya tawan trengganu tp ade peningkatan dari segi kerusi dun..

Read More !

[ .:safashasyahu:. © 2009 ]
[ Designed by وان ][ Powered by Blogger ]

[ Top ]
[ Home ]