TAWARAN BARISAN ALTERNATIF KEPADA RAKYAT TERENGGANU

| | 0 comments

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...Berikut aku sertakan Tawaran BA Terengganu kepada rakyat Terengganu Darul Iman sempena PRU-12 ini. Tawaran ini telah dibentangkan ketika Ceramah Manifesto pada 20 Februari yang lalu. Aku gagahkan diri juga untuk menyalin kembali kesemua 50 perkara yang dijanjikan oleh BA itu untuk tatapan dan sebaran sahabat-sahabat seperjuangan.Semoga kerajinan aku menyalin Tawaran BA ini tidak disia-siakan dengan membacanya sahaja tanpa men'forward'kannya kepada sahabat-sahabat dan makcik-pakcik supaya dapat dinilai dan diberi perhatian bagi memastikan BA terus memerintah di Terengganu.


TAWARAN BARISAN ALTERNATIF KEPADA RAKYAT TERENGGANU RAKYAT UMUM :-

~Memartabatkan Negeri Terengganu sebagai Darul Iman
~Melaksanakan Enakmen-enakmen Syariah sejajar dengan perlembagaan Negeri Terengganu
~Menjamin pertumbuhan ekonomi dan pembangunan ekonomi Negeri Terengganu melalui Pelan Pembangunan Bersepadu Negeri Terengganu.
~Mendesak mahkamah menyelesaikan saman tuntutan royalti petroleum
~Menaikkan kadar bantuan kebajikan sehingga melepasi paras kemiskinan
~Menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat Terengganu dalam semua sektor ekonomi (pertanian, perlombongan, pembalakan, industri dan sektor perkhidmatan)
~Menjamin bantuan kebajikan kepada fakir miskin tanpa mengira kaum, agama dan fahaman politik.
~Pengecualian cukai pintu rumah kediaman dan membatalkan tunggakan
~Memajukan sektor pelancongan dengan memastikan tidak membawa faktor-faktor negatif kepada Negeri Terengganu
~Menghapuskan sewa meter tempat letak kereta pada hari Jumaat dan Sabtu
~Menghapuskan sewa meter air
~Mempertingkatkan pembangunan ekonomi negeri berasaskan sumber asli (mineral, perkayuan dan air).
~Memastikan pengurusan Pihak Berkuasa Tempatan (Majlis Daerah / Perbandaran) cekap dan berkesan.
~Memperluaskan dan memperkemaskan Institusi Baitulmal dan urusan kewangan Islam
~Memperkasakan Tabung Darul Iman untuk kebajikan rakyat Negeri Terengganu
~Membuka semula Pusat Perubatan Islam Darul Iman dan Pusat Pemulihan Dadah (KESIHAT) ~Mewujudkan syarikat Takaful Kerajaan Negeri dan Takaful Kafalah
~Mengawal dan menghadkan pekerja asing dan memberi keutamaan kepada rakyat tempatan
~Menyediakan Dana Khas untuk pinjaman perumahan rakyat dan pemberian rumah untuk rakyat termiskin
~Pemberian tanah akan diteruskan tanpa diskriminasi. Tanah yang telah diluluskan semasa pemerintahan PAS (1999-2004) dijamin akan diberi / diganti semula
~Menjamin setiap keluarga memiliki tapak (tanah) kediaman sendiri. Kelulusan tanah disertai dengan pemberian geran kekal
~Memberi elaun Khas kepada Hafiz Quran, guru Quran dan guru agama.KAKITANGAN AWAM ~Perkhidmatan kerajaan yang professional, telus dan mesra rakyat, tanpa tekanan politik - tiada akujanji dan pengintipan. (CCTV dihapuskan)
~Bonus, tuntutan dan elaun kerja lebih masa pegawai dan kakitangan kerajaan dijamin
~Perkhidmatan Imam dan bilal masjid dijadikan jawatan tetap dan bergaji
~Mengaktifkan skim pinjaman Al-Qardul Hassan (rumah, kenderaan dan komputer)
~Menjamin keselesaan dan ketenangan kepada semua penjawat awam.PENIAGA DAN PENJAJA
~Mengekalkan Pasar Borong Gong Pauh dengan kemudahan yang mencukupi dan mewujudkan pasar-pasar borong di zon-zon yang sesuai
~Menambah kemudahan kewangan kepada peniaga kecil dalam bentuk Al-Qardul Al-Hasan
~Mewujudkan tapak pasar tani dan pasar malam kekal dengan segala kemudahannya
~Menjadikan pelancongan sebagai Industri Rakyat
~Menjamin setiap peniaga kecil dan sederhana mendapat tapak dan premis perniagaan yang bersesuaianPETANI DAN NELAYAN
~Skim Kesejahteraan Masyarakat Nelayan
~Mengadakan industri makanan ternakan dan baja
~Meningkatkan pendapatan rakyat melalui Program Pertanian Bersepadu (Integrated Farming) ~Melaksanakan sepenuhnya program “Terengganu Halal Hub” sebagai pusat pengeluaran dan pemasaran produk halal serantau.
~Memperkasakan sektor pertanian dengan memperbaiki rangkaian pengeluaran dan pemasaran
~Menjamin hasil pertanian dan industri tani dapat dipasarkan
~Menjamin pengeluaran bekalan makanan yang berkesan bagi mengurangkan kenaikan harga barang melalui pembangunan Zon Pengeluaran Makanan.BELIA , WANITA DAN PELAJAR
~Melantik Wanita sebagai ADUN sekiranya tiada wakil mereka dalam Dewan Undangan Negeri selaras dengan Perlembagaan Negeri pindaan 2003
~Memperkenalkan alternatif hiburan menerusi Akademi Hiburan Negeri Terengganu
~Tabung Belia Sejahtera untuk pembangunan belia niaga, industri, nelayan, tani dan perkahwinan.
~Kakitangan wanita yang menjaga anak sakit diberikan cuti tanpa rekod
~Menyediakan bantuan pendidikan melalui biasiswa, pinjaman tanpa faedah dan zakat.
~Mewujudkan semula Kolej Ugama Sultan Zainal Abdidin (KUSZA) sebagai Pusat Ilmu Islam Serantau dan menjamin pembangunan dan perkembangan institusi-institusi pendidikan di bawah Kerajaan Negeri
~Pendidikan akan dijadikan hak bagi setiap rakyat dan memastikan tiada.orang yang dinafikan pendidikan kerana kemiskinan.
~Menjamin pembangunan akhlak dan moral generasi muda melalui Pemuafakatan Kerajaan dengan NGO-NGO yang berkaitanBUKAN ISLAM
~Melantik wakil bukan Islam sebagai ADUN sekiranya tiada wakil mereka dalam Dewan Undangan Negeri selaras dengan Perlembagaan Negeri pindaan 2003
~Menjamin kebebasan orang bukan Islam mengamalkan agama dan budaya masing-masing.
~Menjamin orang bukan Islam menikmati hak dan keadilan yang saksama

Read More !

Hari Perarakan Penamaan Calon

| | 0 comments

Assalamualaikum Warahmatullah..

Pilihanraya umum bertandang lagi..dan kali ni merupakan kali pertama aku boleh mengundi..tentunya semangat berjuang tu berkobar-kobar..rasa xsabar untuk bersama-sama pengundi veteran/senior turun padang untuk jalankan tanggungjawab yg ku kira agak besar dlm menentukan pemimpin yg benar2 layak untuk mentadbir sebuah negara Islam..

Tanggal 24 februari 2008 merupakan hari2 penting sebelum PRU..ni merupakan hari penamaan calon..aku xlepaskan peluang yg ade tuk same2 berjuang..join perarakan besar ni..kami diminta berkumpul pada jam 7.30 pagi di Pejabat Pas Kawasan Dungun..aku ngan asben hadir sedikit lewat..hampir jam 8 pagi..huhu..berjuang,berjuang jugak..umah pun kena uruskan dulu b4 keluar..

setibanya disana,xsampai 5 minit perjalanan,org ramai tengah berkumpul..tiada ucapan aluan..yg ada sekadar arahan untuk memastikan barisan berada dalam keadaan tersusun dan duduk dlm kelompok yg betul..seperti biasa,muslimin yg akan mengetuai perarakan ini..dalam pukul 8 lebih,doa dibacakan oleh Ust Suhaimi Daud,ketua urusan ulama Pas kawasan Dungun,sebelum melepaskan kami semua..muslimin memakai baju bersih/kuning sementara muslimat berpakaian hijau..

aku kelihatan segak(ahakz)menggantungkan kain kuning(bersih)di leherku dan memakai headban dgn logo Pas yg dililit di kepala..aku jugak disuruh memegang sepanduk doa memohon kemenangan Pas dalam pilihanraya akan datang..blh tahan beratnya..tp xpe,ini pun dikira berjuang jgk..sangat meriah..disepanjang jalan berhampiran traffic light utama Dungun,bendera2 Pas mengiringi perjalanan kami..dengan penyokong yg memberi sokongan dari tepi..makin laju langkah diatur..lebih kurang pukul 9 lebih,kami sampai di Pejabat Daerah Dungun..

agak jauh jgk antara penyokong Pas dan BN..kami tak henti2 melaungkan takbir..kemudian kami berzikir..melaungkan kata2 semangat..dan selama mana calon2 berada dalam pejabat daerah,seorang wakil telah dua kali membacakan doa..terasa sebak dan sayu tika doa dibacakan..dgn suara yg seakan2 merayu,merintih memohon pertolongan dari Allah s.w.t dalam PRU xlama lagi..kami semua tak berganjak walaupun cuaca semakin terik..matahari tegak dikepala..namun semuanya masih bertahan..kira2 jam 12.30 tengahari,calon2 yg bertanding pun diumumkan..Ust Wan Hassan paling banyak menerima bantahan iaitu sebanyak 4 bantahan..setelah masa cukup,tiada calon yang ditolak pencalonannya..calon2 yg bertanding untuk Daerah Dungun seperti berikut...

P39 (Parlimen Dungun)

UMNO - Matulidi Jusoh
PKR - Shamsul Iskandar @ Yusre Mohd Akin

N25 (Bukit Besi)

UMNO - Datuk Din Adam
PAS - Nordin Othman

N26 (Rantau Abang)

UMNO - Za'abar Mohamed Adib
PAS - Azman Shapawi Abdul Rani

N27 (Sura)

UMNO - Mohd. Rosli Harun
PAS - Wan Hassan Mohd Ramli

N28 (Paka)

UMNO - Zakaria @ Ariffin Abdullah
PAS - Satiful Bahri Mamat

semuanya berakhir kira2 jam 12.45 tengahari dalam keadaan aman dan tenang...semoga PRU kali ni memberi kemenangan kepada BA,insyaAllah..takbir,Allahuakbar..

Read More !

mari pakat kelik ngundi

| | 0 comments


meh pakat kelik ngundi..pakoh PAS deh..buat satu perubahan..beri kami satu peluang..baru la tau samaada janji2 tu palsu atau benar..marilah same2 kita bentuk negara kebajikan..hidup berlandaskan syariat Islam..di bawah pentadbiran islam sebenar..

Read More !

[ .:safashasyahu:. © 2009 ]
[ Designed by وان ][ Powered by Blogger ]

[ Top ]
[ Home ]