riNdu daTaNg LaGi

| | 2 comments

hari ni tanggal 26 september 2007 genapla usia abang 24 tahun..tapi kini abang dah tak ade lagi..abang dah pergi tuk selamanya..dah 5 bulan abang tinggalkan kami..tp rasa macam baru semalam semua tuh berlaku..hanya kenangan bersamanya kekal dengan kami..aku benar2 rindu padanya..rindu pada gelak tawanya..rindu pada suaranya..rindu tuk menatap wajahnya..dan tatkala rindu itu bertandang,akan ku tatapi potretnya..ku sedekahkan al-fatihah buat dirinya..semoga abang bahagia dekat sana...al-fatihah...

Read More !

aPsAL aKu maLaS sEmbaHYaNg

| | 1 comments

Apsal la aku malas sembahyang
Tuhan kasi aku jasad, sihat, lawa pulak tu
Siap dengan bayang-bayang
Nak tunggu sakit, baru ingat sembahyang

Apsal la aku malas sembahyang
Kerja dah best, keluarga pun ok
Negara pun merdeka, terbilang
Takkan lima minit lima waktu
Aku tak boleh luang

Apsal la aku malas sembahyang
Tuhan kasi otak supaya aku tak bangang
Tuhan kasi ilmu, boleh fikir susah senang
Tuhan kasi nikmat, kenapa aku tak kenang

Apsal la aku malas sembahyang
Main game sampai petang
Beli komik sanggup pilih berjam-jam
Tengok tv & internet berjam-jam
Apa??!!!!ingat masuk syurga berlenggang

Apsal la aku malas sembahyang
Aku kena ingat, umur makin kurang
Pagi kita sihat, petang boleh kejang
Pastu aku disembahyangkan

Apsal la aku malas sembahyang
Nanti dalam kubur kena balun sorang-sorang
Siksa neraka aku tak terbayang
Hari akhirat memang terlalu panjang
Janji Allah Taala akan tertunai
Tiada siapa boleh halang.....

Read More !

Disebalik Peristiwa Batu Buruk

| | 0 comments


Baru-baru ini, negara digemparkan dengan isu pembakaran Jalur Gemilang sewaktu tragedi Batu Buruk 12 September 2007. Semua media arus perdana menuding jari kononnya ia perbuatan ahli PAS, dan lebih mendukacitakam Polis Malaysia tanpa usul periksa mempercayai kejadian itu seolah-olah benar-benar berlaku.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi juga mengulas mengenainya begitu juga ahli-ahli Parlimen dengan nada dan konotasi marah sehingga ada yang menyatakan pembakar bendera itu perlu dibuang negara. Pemuda UMNO negeri Terengganu juga tanpa usul periksa dengan kerjasama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) konon ingin mengadakan kempen memungut tandatangan secara besar-besaran bagi mengutuk "perlakuan " tersebut.

Persoalan kini, gambar itu siapa yang merakamkannya yang disiarkan secara meluas untuk mengkambinghitamkan PAS dan juga BERSIH selaku penganjur ceramah? Pemuda yang membakar bendera itu siapa namanya dan dari mana datangnya? Apa sebenarnya niat polis pula yang secara membabi buta mempercayai gambar itu dan akhirnya bagaimana mentaliti pemimpin UMNO dan ahli parlimen yang mempercayai bulat-bulat sekeping gambar yang tidak diketahui asal-usulnya itu?

Penelitian halus terpaksa dilakukan keatas gambar tersebut dan nantinya kita akan mendapati ia adalah sebenarnya gambar yang dilakukan secara "super-imposed" dibikin oleh pihak yang tidak bertanggungjawab serta mempunyai niat jahatnya yang tersendiri.

Cuba kita amati gambar itu.

a1) Suasana yang ada seolah-olah pemuda yang bertopi keledar itu bersendirian dengan tindakannnya membakar bendera. Tiga pemuda di sebelahnya seperti "tak ambil kisah" terhadap perbuatannya begitu juga pemuda-pemuda yang di atas jalanraya di belakangnya.

Ini bererti perlakuan pemuda yang membakar bendera secara solo itu adalah pelik sehingga tidak ada sesiapa pun ambil kisah terhadap perlakuannya.

Justeru itu ada dua kemungkinan, pertama hanya orang gila biasanya yang tidak akan dipedulikan oleh sesiapa. Kedua imej pemuda yang membakar bendera itu sebenar dilukis kemudian. Saya lebih berat dengan alasan yang kedua. Cuba kita telitikan lagi dengan lebih terperinci terhadap imej itu.

2) Kita lihat gambar bendera yang dipegang oleh pemuda itu. Ia jelas satu lukisan bukan satu imej bendera sebenar. Tone warna bendera itu sekata dan ini amat tidak realistik memandangkan suasana ketika itu adalah waktu malam. Warna jalur merahnya, robekan bendera di sebelah bawah, lambang bulan-bintang berlatarbelakangkan biru dan asap apinya juga tampak jelas semuanya adalah dilukis dan rekaan semata-mata kerana satu hal yang tidak logik malah tidak mungkin sebaran asap itu mempunyai bentuk kaku yang tidak realistik. (lihat kawasan yang ditandakan dengan garis)

b

3) Kita lihat pula pemuda yang mencangkung seraya membakar bendera itu. (rujuk foto di atas)

Imej pemuda itu jelas ditampal kerana kecacatan yang wujud di sekurang-kurangnya 3 tempat:

A. Tempelan adalah ketara di tangan pemuda itu dengan imej seluar dan kain pelikat dua orang pemuda di belakangnya.

B. Apabila imej itu diteliti dengan resolusi yang tinggi kita akan dapat melihat kesan tampalan di aliran badan pemuda yang mencangkung itu.

C. Kedudukan bayang-bayang pemuda itu salah kerana aliran cahaya dari hadapan tidak memungkinkan bayang-bayang untuk berada terpat di atas objek.

d

Ada banyak lagi kecacatan foto berkenaan seperti warna tambak yang patching salah sehingga menjelaskan kepada kita ia bukan foto sebenar.

(rujuk foto di atas)

Justeru itu dengan bukti yang ada saya berpendiran bahawa foto berkanaan telah direka dan "doctored" dengan teknik "superimposed" bukan bukannya foto asli.

Kita tidak tahu berapa banyak lagi foto yang direka untuk memburukkan parti pembakang dan berapa ramai pula yang tertipu hasil dari niat dan muslihat yang tidak jujur ini. Kutukan ke atas tangan dan diri orang yang mereka-reka serta mengada-adakan perkara yang tidak ada.
Dan lebih memalukan lagi Polis Di Raja Malaysia mengambil foto ini sebagai asas untuk mendakwa tentang wujudnya perlakuan tersebut tanpa memperdulikan kewsahihan foto berkenaan. Atau ada apa-apakah tujuan PDRM bertindak sedemikian?



sumber : TKO


Read More !

.:Andai Ini Ramadhan Terakhir:.

| | 2 comments

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu siangnya engkau sibuk berzikir
tentu engkau tak akan jemu melagukan syair rindu
mendayu..merayu...kepada-NYA Tuhan yang satu
andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu solatmu kau kerjakan di awal waktu
solat yang dikerjakan...sungguh khusyuk lagi tawadhu'
tubuh dan qalbu...bersatu memperhamba diri
menghadap Rabbul Jalil... menangisi kecurangan janji
"innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil 'alamin"
[sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku...
kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan seru sekalian alam]

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tidak akan kau sia siakan walau sesaat yang berlalu
setiap masa tak akan dibiarkan begitu saja
di setiap kesempatan juga masa yang terluang
alunan Al-Quran bakal kau dendang...bakal kau syairkan
andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu malammu engkau sibukkan dengan
bertarawih...berqiamullail...bertahajjud...
mengadu...merintih...meminta belas kasih
"sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurga-MU
tapi...aku juga tidak sanggup untuk ke neraka-MU"

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu dirimu tak akan melupakan mereka yang tersayang
mari kita meriahkan Ramadhan
kita buru...kita cari...suatu malam idaman
yang lebih baik dari seribu bulan

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu engkau bakal menyediakan batin dan zahir
mempersiap diri...rohani dan jasmani
menanti-nanti jemputan Izrail
di kiri dan kanan ...lorong-lorong ridha Ar-Rahman

Duhai Ilahi....
andai ini Ramadhan terakhir buat kami
jadikanlah ia Ramadhan paling bererti...paling berseri...
menerangi kegelapan hati kami
menyeru ke jalan menuju redha serta kasih sayangMu Ya Ilahi
semoga bakal mewarnai kehidupan kami di sana nanti

Namun teman...
tak akan ada manusia yang bakal mengetahui
apakah Ramadhan ini merupakan yang terakhir kali bagi dirinya
yang mampu bagi seorang hamba itu hanyalah
berusaha...bersedia...meminta belas-NYA


andai benar ini Ramadhan terakhir buat diriku
MAAFKAN SEMUA KESALAHAN YANG PERNAH DILAKUKAN


Read More !

AhLaN wAsAhLaN Ya RaMaDhAn

| | 0 comments

ramadhan datang lagi..ramadhan bulan yg penuh keberkatan..semoga ramadhan kali ini lebih bermakna berbanding sebelumnya..tingkatkan serta lipat gandakan ibadat kita..semoga segala amalan kita dlm bulan mulia ini diberkati Allah..dan jugak diberi kesempatan untuk berjumpa dgn 1 malam yg begitu istimewa,insyaAllah..ramadhan kali ini mungkin berbeza bg kami sekeluarga..pertama kalinya kami berpuasa tanpa kehadiran seorang insan bernama abang..semoga dia aman dekat sana..buat sahabat semua,seribu kemaafan daku pohonkan..andai ada tersilap bicara terlanjur tutur kata..selamat berpuasa kepada semua muslimin dan muslimat..puasa jgn xpuasa..(",)

Read More !

bermula satu cerita......

| | 0 comments

selawat dan salam buat junjungan besar nabi Muhammad s.a.w,keluarga serta para sahabat..salam kasih buat sahabat semua..Alhamdulillah hari ni masih lg diberi peluang oleh Allah s.w.t tuk menyambung sisa hidup yg masih ada..semoga hidup ini sentiasa dlm redhaNya..

da lama xupdate kat blog ni..kisah ni da lama sebenarnya..tp memandangkan bz mengatasi segalanya.. cite da lama taip tp nak send kat blog punya la mkn masa..ni kira cite basi la..huhuhu..ni aku nak cite skit pasal program ijtima' pas baru2 nih..program ni berlangsung selama dua hari bermula 31 ogos hingga 1 sept 2007..31 ogos tuh diadakan program himpit..Himpunan Pemuda Islam Terengganu..anggaran lebih dari 5000 pemuda berkumpul kat situ..program tuh separuh hari jerk..bermula dari pagi hingga tengahari..masa ni aku tak pergi lagi..sambutan agak memberangsangkan jgk la..

esok tu 1 sept 2007 aku ke program ijtima' pilihanraya pas yg bertempat di perkarangan masjid rusila,marang...aku bertolak dari rumah hampir jam 8.00 pagi..kalu ikut perancangan 7.00 pagi..biasalah janji melayu..ni kira first time aku join program sebesar ni..yg pegi aku ngan mak jerk..maklumla tumpang org..de satu insiden yg mmg aku xblh lupakan..mmg terbayang kat ruang mata nih..masa tuh kami dlm area marang..elok je time tuh..masa tuh de sebuah kereta dpn van kami..tp bkn kereta tuh yg jd masalah..tgh elok je van kami jalan tetiba mai sebuah kereta dari arah bertentangan masuk line kami..mmg masuk terus line kami..mayB pemandu tuh mengantuk..nasib baik kereta dpn kami sempat mengelak dan Alhamdulillah jgk sbb yg bawak van tuh pun blh kawal van dan elak ke tepi..laju xla laju kan tp kalu tgh drive jln lurus kalu tetiba belok ke tepi cmne rasanya..fuhh..Ya Allah mmg seram sejuk time tuh..yelh dpn mata sendiri..kereta yg dpn kami terus brenti kat tepi jln..lama jgk la..mayB dia terkejut..kami teruskan perjalanan dan Alhamdulillah selamat sampai..

program tuh bermula seawal 8.00 pagi dengan peserta mula mendaftarkan diri..kemudian diikuti dengan perbarisan sempena ketibaan YB Tuan Guru Hj Abd Hadi merangkap presiden pas..sempat la jugak aku rakam skit perbarisan nih..memang ramai la manusia ni time tuh..begitu bersemangat ibu bapa yg membawa anak mereka ke majlis begini..tak kurang juga para pemuda serta nisa yg turut hadir memeriahkan suasana..anggaran kira2 belasan ribu yg hadir..bayangkan satu perkarangan masjid penuh sesak dengan belasan ribu manusia..kalu tgk pada semangat cmni InsyaAllah pas blh menawan kembali terengganu..andai tektik kotor tidak digunakan..kalah menang tuh adat la kan..kalu kite kalah dgn cara bersih,xkisah la..terharu pun ade aku rasakan..yelh ramai datang dengan rela hati..tambang sendiri,duit minyak sendiri..daftar kene bayar lagi..xde ape yg diberi,yg disediakan sekadar makanan tengahari..tp Alhamdulillah ramai yg sanggup berkorban datang ke sini..ini pun satu perjuangan aku rasakan..

program seterusnya dihiasi dgn beberapa ceramah..kira2 dlm 5,6 ceramah gak la..tp selang masa la..sebanyak 23 ekor lembu ditumbangkan..program diteruskan hingga ke malam..program diserikan dgn ceramah pd mlm tu hingga kul 12 mlm..antara yg memberi ceramah ialah YB Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang,YB Tuan Guru Nik Abd Aziz Nik Mat,saudara Ezam,YBG Dato' Mustafa Ali..sorang lg lupa nama..masing2 memberi harapan agar pilihanraya kali ni menjadi milik kita,InsyaAllah..begitu bersemangat sekali..sama2 la kita berdoa agar ianya tercapai dan impian kita tuk membentuk satu negara Islam dpt direalisasikan..InsyaAllah..ameen..Allahuakbar!!!Allahuakbar!!!Allahuakbar!!!

Read More !

[ .:safashasyahu:. © 2009 ]
[ Designed by وان ][ Powered by Blogger ]

[ Top ]
[ Home ]