"Sabda Nabi s.a.w.: Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab, nescaya Allah muliakan kamu dengan seribu kemuliaan dihari kiamat. Sabda Nabi s.a.w.: Bulan Rejab Bulan Allah, Bulan Sya'aban bulanku & bulan Ramadhan bulan umatku.
Kemuliaan Rejab dengan malam ISRAK MIKRAJnya, Sya'aban dengan malam NISFUnya Ramadhan dengan LAILATUL-QADARnya. Malam awal Rejab mustajab do'anya.(Dalam Kitab Raudhoh Imam Nawawi)
Semoga kita bersama-sama mendapat fadhilat di bulan yang mulia ini.Pada hari Isnin tanggal 16 Julai 2007, kita memasuki bulan Rejab. Bulan Rejab adalah bulan ALLAH SWT. Diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda, "Ketahuilah bahwa bulan Rejab itu adalah bulan ALLAH SWT, maka:
* Barang siapa yang berpuasa satu hari dalam bulan ini dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH SWT
* Dan barang siapa berpuasa pada tanggal 27 Rejab 1428/Isra Mi'raj (Sabtu, 11 Ogos 2007) akan mendapat pahala seperti5 tahun berpuasa
* Barang siapa yang berpuasa dua hari di bulan Rejab akan mendapat kemuliaan di sisi ALLAH SWT
* Barang siapa yang berpuasa tiga hari yaitu pada tanggal 1, 2, dan 3 Rejab (16,17,18 Julai 2007) maka ALLAH SWT akan memberikan pahala seperti 900 tahun berpuasa dan menyelamatkannya dari bahaya dunia dan siksa akhirat
* Barang siapa berpuasa lima hari dalam bulan ini, insyaallah permintaannya akan dikabulkan Allah SWT
* Barang siapa berpuasa tujuh hari dalam bulan ini, maka ditutupkan tujuh pintu neraka Jahanam dan barang siapa berpuasa lapan hari maka akan dibukakan lapan pintu syurga
* Barang siapa berpuasa lima belas hari dalam bulan ini, maka ALLAH SWT akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barang siapa yang menambah (hari-hari puasa) maka ALLAH SWT akan menambahkan pahalanya.
"Sabda Rasulullah SAW lagi :"Pada malam Mi'raj, aku melihat sebuah sungai yang airnya lebih manis daripada madu, lebih sejuk daripada air batu dan lebih harum daripada minyak wangi, lalu aku bertanya pada Jibril as "Wahai Jibril untuk siapakah sungai ini?" Maka berkata Jibril as "Ya Muhammad sungai ini adalah untuk orang yang membaca salawat untuk engkau di bulan Rejab ini."
Dalam sebuah riwayat Tsauban bercerita :"Ketika kami berjalan bersama-sama Rasulullah SAW ke sebuah kubur, lalu Rasulullah SAW berhenti dan beliau menangis dengan amat sedih, kemudian beliau berdoa kepada ALLAH SWT. Lalu saya bertanya kepada beliau "Ya Rasulullah, mengapakah engkau menangis?" Lalu baginda bersabda "Wahai Tsauban, mereka itu sedang diseksa dalam kuburnya dan aku berdoa kepada ALLAH SWT, lalu ALLAH SWT meringankan atas mereka." Sabda beliau lagi "Wahai Tsauban, kalaulah sekiranya mereka ini mau berpuasa satu hari dan beribadah satu malam saja di bulan Rejab niscaya mereka tidak akan diseksa di dalam kubur."
Tsauban bertanya "Ya Rasulullah, apakah hanya berpuasa satu hari dan beribadah satu malam dalam bulan Rejab sudah dapat mengelakkan dari seksa kubur?" Sabda beliau "Wahai Tsauban, demi ALLAH Zat yang telah mengutus aku sebagai nabi, tiada seorang muslim lelaki dan perempuan yang berpuasa satu hari dan mengerjakan sholat malam sekali dalam
bulan Rejab dengan niat karena ALLAH SWT, kecuali ALLAH SWT mencatatkan baginya seperti berpuasa satu tahun dan mengerjakan sholat malam satu tahun.
" Sabda baginda lagi "Sesungguhnya Rejab adalah bulan ALLAH, Sya'ban Adalah bulan aku dan bulan Ramadhan adalah bulan umatku." "Semua manusia akan berada dalam keadaan lapar pada hari kiamat, kecuali para nabi, keluarga nabi dan orang-orang yang berpuasa pada bulan Rejab, Sya'ban dan bulan Ramadhan. Maka sesungguhnya mereka kenyang, serta tidak akan merasa lapar dan haus bagi mereka."
Fadhilat Bulan Rejab
Jom Memasak Bersama Remaja
Hari ni 13 julai 2007 angah ade join satu program jom memasak bersama remaja di perkarangan PASTI Alor Tembesu, Dungun..program ni anjuran Remaja Halwa Dun Sura..majlis ini bermula pada pukul 2.30 petang hingga 6.00 petang..majoriti yang hadir ialah muslimat dari setiap cawangan..acara dimulakan dengan sedikit motivasi tuk remaja khususnya dan ibu bapa serta para jemputan amnya..kemudian barulah dimulakan pertandingan memasak..sementara juri membuat penilaian,cabutan bertuah serta pemenang bagi kategori teka kacang turut diadakan..angah mewakili cawangan angah tuk buat mee goreng..even benda ni dah biase buat tp bila depan orang mmg ketaq semacam..darah gemuruh..hehe..group angah sekadar dapat saguhati jerk..hadiah kat sebelah tu tuk semua yang join..9 group yang terlibat..tuk suka-suka..pape pun memang bez join aktiviti begini..aktiviti cam ni boleh eratkan dan kukuhkan lagi hubungan antara remaja-remaja..yelh yang satu group ngan angah tu,angah xpernah kawan pun ngan dia..Alhamdulillah join ni dapat mengeratkan hubungan kami..yelh aktiviti macam ni perlukan kita tuk bekerjasama..angah setuju kalau aktiviti sebegini diadakan sekerap mungkin supaya sikap kerjasama dan bantu-membantu wujud diantara remaja khususnya..waktu yang terluang juga dapat diisi sebaik mungkin..majlis akhirnya ditutup pada pukul 6.00 petang..
Coca-Cola & Mentos Boleh Membunuh
beberapa kes kematian kanak-kanak dilaporkan berlaku selepas makan gula-gula mentos (mengandungi metanol) dan minum coca-cola/pepsi secara serentak
bagaimana mentos dan coca-cola boleh membunuh?

bahan mentol akan bertindakbalas dengan cepat apabila dicampurkan dengan air berkarbonat coca-cola/pepsi dan menghasilkan gas yang banyak. kandungan gas yang bertambah secara mendadak akan menyebabkan perut mengembung secara mengejut dan menyempitkan ruang pernafasan paru-paru. mangsa mungkin mengalami sesak nafas kerana ruang paru-paru tidak boleh mengembang. jika ini berlaku dalam tempoh yang panjang (lebih dari 5 minit) boleh menyebabkan kematian.
Rokok Oh Rokok
Ni lah antara bahan-bahan yang terkandung dalam sebatang rokok..bayangkan apa yang kita sedut selama ni adalah racun-racun,cat,pembersih tandas dan sebagainya..rasanya kalau bahan-bahan ni dihidang depan mata sanggup ke kita makan?orang yang xwaras je sanggup lakukan..so kepada perokok-perokok tegar tu,brentilah melakukan perbuatan yang sia-sia..kamu seolah-olah membunuh diri sendiri dan orang berhampiran..membazirkan wang..tahukah kamu bahawa yang menghidu asap rokok tu lebih teruk dari yg menyedutnya?sayangi diri,keluarga dan masyarakat sekeliling..amalkan gaya hidup sihat..katakan xnak pada rokok!! Buah Melaka Punyer Criter
majlis idul ilmi-kusza
tanggal 05 jun 2007 kusza telah menganjurkan majlis idul ilmi buat semua graduan yg berjaya menamatkan pengajian..angah pun turut serta jgk dlm majlis yg serba sederhana itu..walaupun masa tu semua student cuti tapi syukur sgt pasal semua berjalan lancar..tima kasih buat mak,ayah,tok,to'ki sebab sudi mai majlis bersejarah tu..yang beznya dapat jumpa member-member lama..semua da lain,maklum la ramai yg da keje..peluang yg ada di guna sebaik mungkin..walaupun kami berjumpa selama dua hari je tp mmg bez sgt..terubat rindu di hati..kalau ikutkan hati mau jgk sambung 3,4 hari lagi tp apakan daya cuti xbanyak..esok tu terus kena masuk keje balik..buat sahabat semua-kita kawan selamanya..peace..(",)
Labels:




yangannya..





