Hilangnya Sebutir Permata

| |
2007

di awal bermulanya tahun 2007 keluarga kami di uji dengan ujian nenek terpaksa dimasukkan ke hospital sehari selepas hari raya korban..setelah seminggu di tahan di wad dia dibenarkan pulang..tak lama lepas tu atuk pula kena masuk hospital..alhamdulillah kini kedua2nya sihat walafiat

januari 2007

tiada apa yg membimbangkan hati ini..seluruh keluarga sihat saja..masa tu tanda2 bengkak pada muka abang sudah kelihatan..sering abang mengadu dia agak sukar untuk bernafas..aku anggap tu semua akibat dari tabiat dia yg suka merokok..tp dia masih bekerja..masih sihat pada pandangan mata kasar..

februari 2007

bengkaknya kian ketara..aku kesal sangat bila pi check kat hospital dungun..doctor cakap tu hanya bengkak kesan dari bangun tido..terdapat juga benjolan pada dadanya..akhirnya ayah ajak abang berubat secara homeopathy..dari situ dia saspek abang mengalami masalah pada kelenjar tiroid..abang pernah cakap tahun ni adalah tahun yg di uji kekuatan dan kesabaran mak dan ayah

namun masih tiada perubahan..ayah bawa abang ke klinik berhampiran..doctor kat situ sarankan abang dirujuk ke specialist hospital di kuala trg..lepas scan doctor mengesahkan abang mengidap ketumbuhan diantara paru-parunya..

abang kene masuk wad dihospital kuala trg selama 10 hari..hanya rawatan susulan yg diberikan..waktu tu abang masih mampu ketawa..masih bergurau dengan kami..abang memang suka hiburkan hati kami semua..abang sendiri cakap abang ni pesakit yg sihat..makan tak pernah tinggal sisa..

abang dibenarkan balik sebelum diminta utk datang semula bagi ambil sampel tisu utk dikaji jenis penyakit sebenar..

mac 2007

selepas tisu diambil,abang kian lemah..abang mengalami batuk-batuk yg berlanjutan..tp abang masih mampu drive kereta..

22 mac 2007

abang batuk berterusan..sampai satu tahap abang pitam dan terus tersungkur..abang kami bawa ke hospital dungun..masa tu kami ingat hari tu hari terakhir bersama abang..mmg dh teruk masa tu..ape yg kami kesalkan abang hanya di beri panadol pd masa tu..padahal abang dah tunjukkan rekod rawatan semasa di HSNZ..keluar dari hospital abang jadi makin lemah..abang dh jarang drive..kalu abang drive gak dia cpt rasa lenguh..abang sukar utk bernafas..satu hari masa lunch ayah ade buat lawak..abang gelak..abang cakap dah lama abang xgelak cmni..

pernah satu ketika abang jg tak keruan..tiba2 je kepala dia mcm digoyang-goyang..nak suap makan pun susah..mcm2 cara kami cuba..panggilkan ustaz dan mcm2..akhrinya abang ok balik..tp tak sekuat dulu lg..tiada lagi gurauan dari dia..hanyalah pandangan sayu buat kami..abang xmampu utk berjalan sendiri..abang dipapah utk mandi dan berwudhuk..pernah satu ketika abang merangkak utk ambil wudhuk

12 april 2007

abang mintak mak bawanya ke HSNZ..dia tak tahan lagi menanggung sakit..dah sebulan lebih tp result for tisu yg diambil masih tiada jawapan..abang mak hantarkan ke hospital..kat sana abang terus dimasukkan oksigen..oksigen dlm badan abang terlalu kurang..tido abang tidak menentu..sudah lama abang xtido..tido pun seketika cuma..abang mcm kene asthma..baring pun sekejap je..pas2 cpt2 bangun..tp masa di HSNZ abang dah boleh tido..abang nampak makin sihat..cuma masih guna oksigen..abang dh boleh baring2..

16 april 2007

selepas result dh dapat abang diarahkan ke HUSM kubang kerian..abang disahkan menghidap kanser kelenjar..ayah banyak berkorban utk abang..ayah ambil cuti utk jaga abang..ayah ckp abang kat sana makin ok..oksigen dh xguna lagi..kami hepy dgr tu semua

18 april 2007

mak,pak su,mak su dan mak ngah serta adik pergi melawat abang..aku xpergi coz dah banyak ambil cuti..mak ckp abang dah ok..suaranya dah makin timbul..dulu suaranya hampir hilang sebab batuk yg berlanjutan..tercapai jgk hasrat abang nak jupe mak..yelh masa kat HSNZ lagi dia da pesan..kalau dia dihantar ke HUSM dia nak mak pegi jgk..sebab tu dia nangis bila mak mai tengok dia

3.40 ptg (18 april 2007)

mak mintak izin ngan abang nak turun..mak nak pi solat..tp mak xckp nak balik..takut abang kecil hati..masa mak sampai td pun abang dah menangis..ayah ikut skali..abang dah cakap ayah jgn turun jaga abang tp ayah turun juga pasal nak settle kan borang pencen ayah..mak lupa nak bawak naik..ayah bgtau abang yg ayah turun sekejap je

4.30 ptg (18 april 2007)

masa ayah naik orang kat situ ckp abang jatuh..ayah cpt2 call mak..mak patah balik..patient kat situ ckp abang jatuh masa nak turun dari kerusi roda lepas kuar dari toilet..masa tu nurse yg bawak..dorang cakap hidung abang terhantuk pada besi katil..banyak darah keluar..abang dah xsedarkan diri

8.00 mlm (18 april 2007)

aku call mak lps tgk ade misscall dari mak pukul 5.30..mak ckp abang dah nazak..mak suruh kami adik beradik bacakan yaasin utk abang..dalam esakan kami bacakan yaasin buat abang..

9.25 mlm (18 april 2007)

mak call guna handset abang..masa tu pic abang yang muncul kat skrin phone aku..ntah cmne aku rasa cam abang yg call..bukan main hepy rasanya coz abang dah sihat balik..tp rupa-rupanya panggilan tu dari mak..mak cakap abang dah tak ade..abang meninggal pukul 9.15 malam..saat itu hanya ayah yg menemani..mak masa tu di rakaat akhir solat isyak..atih (adik aku) meraung saat aku lafazkan innalillahiwainnailahirajiun..

kini abang pergi buat selama-lamanya..pergi tak kembali..hanya gurauan abang buat kami terus terngiang-ngiang di telinga ini..ade saja yg dibuatnya tuk melihat kami senyum..budi abang,jasa abang kami kenang sampai bila2..terlalu sukar utk lupakan pegorbanan abang buat kami xkira masa susah atau senang..2007 amat bermakna bagi kami..1001 kenangan bersamanya sentiasa terbayang di ruang mata..

abang...angah akan ambil alih tmpt abang utk jaga mak,ayah dan adik2 kita..

tulus ikhlasmu
luhur budimu bagai tiada pengganti
senyum tawamu
juga katamu menghiburkan kami
memori indah kita bersama
terus bersemadi
selama-lamanya

Tiada ulasan:

[ .:safashasyahu:. © 2009 ]
[ Designed by وان ][ Powered by Blogger ]

[ Top ]
[ Home ]