Sunnah Orang Berjuang - Hijjaz

| |
Berjuang Menempah Susah
Menanggung Derita Menongkah Fitnah
Itulah Gelombang Hidup Samudera Duka
Seorang Mujahid Membela Taufik

Dipisah Dia Berkelana
Dibelenggu Dia Uzlah Mula Dibina
Namun Jiwa Tetap Marak Memburu Cinta
Membara Demi Allah Dan Rasulnya

*Berjuang Tak Pernah Senang
Ombak Derita Tiada Henti
Tenang Resah Silih Berganti
Inilah Sunnah...Orang Berjuang

Malamnya Bagai Rahib Merintih Sayu
Dihiris Dosa Air Mata
Siangnya Bagaikan Singa Di Rimba
Memerah Keringat Mencurah Tenaga
Itulah Sunnah...Berjuang...Ke Jalan Allah

Berjuang Memang Pahit
Kerana Syurga Itu Manis
Bukan Sedikit Mahar Yg Perlu Dibayar
Bukan Sedikit Pedih Yg Ditagih

Berjuang Ertinya Terkorban
Rela Terhina Kerna Kebenaran
Antara Dua Jadi Pilihan
Dunia Yg Fana Atau Syurga

(Ulang *)

p/s : mmg bez lagu ni..mula terpikat bila tiap kali dgr lps program motivasi pagi TV3..wa mmg peminat hijjaz group..^_^

Tiada ulasan:

[ .:safashasyahu:. © 2009 ]
[ Designed by وان ][ Powered by Blogger ]

[ Top ]
[ Home ]