FaMiLy dAy

| |
Salam kasih buat semua sahabat..

Rasanya dah lama sangat angah xmenulis kat blog nih..bz mengatasi segalanya..nak2 pulak time pru da dekat nih..setiap minggu de program..tu lum campur sendiri punyer program..angah nak kongsi ngan semua pasal sambutan family day semalam - 11 Ogos 2007..

Semalam telah diadakan hari sukan komuniti Kg Alor Tembesu..majlis bermula seawal 8.30 pagi dengan persembahan dari pelajar PASTI..majlis kemudiannya diteruskan dengan sedikit ucapan perasmian daripada Ust Hj Wan Hassan Mohd Ramli merangkap YDP Pas Kawasan Dungun..

Selesai YDP berucap,sukan pun diteruskan..sebanyak 30 acara dipertandingkan mengikut kategori masing-masing..dari peringkat kanak-kanak,remaja,hinggalah dewasa serta acara keluarga..cuaca pun agak ok sewaktu aktiviti dijalankan..selain tuh Pejabat Kesihatan Dungun,Agensi Anti Dadah Kebangsaan serta Pasukan Bomba dan Penyelamat Dungun turut memeriahkan suasana di tapak sambutan family day tersebut..Pejabat Kesihatan menyediakan perkhidmatan rawatan kesihatan secara percuma untuk semua yg berkunjung ke tapak sukan komuniti..antara lain demontrasi kaedah memadam kebakaran turut ditunjukkan oleh pasukan Bomba dan Penyelamat..

Selaian daripada sukaneka,antara aktiviti lain yg turut dijalankan ialah pertandingan membuat kuih berasaskan ubi,teka kacang soya dan cabutan bertuah..angah pun xlepaskan peluang merakam aktiviti yg dijalankan..tp buat masa sekarang pic xleh nak upload lg..angah pun turut serta jugak join sukan nih..antaranya lempar gelung rotan dan pukul bola golf..walopon xpernah main bola golf blhla jgk masukkan 7 dari 10 biji bola tuh..hehe..xbrp nak hebat lagi..


Majlis yang dijadualkan selesai pukul 12 tengahari terpaksa ditangguhkan sehingga pukul 1.10 ptg..yang buat angah terkejut bila diumumkan nama angah juara bagi aktiviti teka kacang soya..memang xsangka sgt2..yelh angah xtau menahu langsung psl nih..rupa2nya mak yg masukkan nama angah masa isi borang..tulah org cakap kan..tuah ayam nampak ditaji,tuah manusia siapa yg tau..masa mak suruh bangun tuh,cam ikut perintah jerk..huhu mmg lawak abih..rasa cam jd artis jap psl lip lap lip lap flash dari kamera org yg amik gambar..yg sedih tu,masa org lain dpt hadiah,angah duk rakam tp time angah dpt,adik xsempat nak on kamera..apepun majlis tersebut berjalan lancar dan tamat kira2 jam 2.30 ptg..

Tiada ulasan:

[ .:safashasyahu:. © 2009 ]
[ Designed by وان ][ Powered by Blogger ]

[ Top ]
[ Home ]