::Kompang Berbunyi Lagi::

| | 0 comments

Selamat pengantin baru sahabatku...bb dah selamat diijabkabulkan pada 30 mei 2008..selamat jugak dak kecik ni nikah..tp skrg bkn dak kecik lg..bila dah kawen dh jd dak besar lak..pastu tukar lg jd mak budak lak..hehe..bb kasi cpt2 dpt baby taw..kita bersaing secara sihat..miahahahaha...oh san ku..lambatnya masuk keje..xsabar2 nk dgr story bb saat2 mereka diijabkabulkan..msti takut2 dia nih..hehe..majlis bersanding lak diadakan pd 31 mei 2008..serentak ngan majlis kawan aku dkt kuantan..doaku agar kalian berdua bahagia ke akhirnya..minggu dpn lak majlis bb dkt trengganu..yuhhuu..yg ni beznya..nk jupe bb..mesti cute2 san ku nih..slmt menjadi warga pantai timur..utk pengetahuan semua,bb n pak cik azhar ni(xtau nape lg selesa panggil pak cik..^_^..sori bb)adalah warga TKO(baby n wanistelroy)lg sejarah tko direkodkan..


Selamat Pengantin Baru Shazrani & Azhar

Read More !

Hari Ini

| | 0 comments

Salam..dah lame sgt aku xupdate blog nih..sbnrnya kesihatan xbrp mengizinkan..akhir2 ni aku sedikit kurang sihat..tp jenguk blog nih ari2..^_^..tggu bila keadaan kembali normal aku akan aktif cam bese blk..dlm xbrp sihat pun,2 minggu lepas sempat lg aku ikut rombongan ke Kota Bharu..ni adelah rombongan untuk petugas2 pru baru2 nih..walopon baru lg ke KB,tp rasa xpuas tuk sertai rombongan tuh..cuma kewangan xbrp mengizinkan la..maklum la tgh2 bulan..hehehe...

minggu ni kawan aku bebe akan kahwen..dh nk kahwen kwn aku nih..huhu..cam xcaye jerk..dia pun cmtu gak..xterpk lak dia akan mengikut jejak di belakang aku hanya selang beberapa bulan(ni dia gtau nih)..^_^..2 org sahabat baik ku akan kahwen..aku doakan majlis korang berjalan lancar..sempurna..dan doaku agar kalian dan pasangan bahagia hingga ke akhir hayat..

dlm masa yg same ade brite sedih yg aku trima..ibu kakakku eriyza kini terlantar sakit di hospital..aku sgt mengenali ibu beliau..hatiku sedikit tersentuh mendpt perkhabaran itu melalui blog beliau..aku harapkan kak wan sabar bnyk2..ni suma ujian Allah keatas kuarga kalian..doaku agar ibu kak wan sembuh dari sakitnya,serta diberi kesihatan yg sempurna oleh Allah s.w.t..dan kuatkanlah kuarga ini dalam mengharungi segala dugaan,cubaan dan ujian dari Allah s.w.t..amin....T_T

Read More !

UlangTahun Persahabatan

| | 0 comments

25 Mei 2008..

Genap 10 tahun usia persahabatan kami..1998-2008..sekejap je masa berlalu..kami jd rapat ketika satu kelas di tingkatan 2..dlm kelas tuh mmg kecoh geng2 kami..kebudak-budakan..hehehe..suka duka serta pahit maung kami lalui bersama...skrg masing2 dah bawak haluan sendiri..tp sms sering menjadi penghubung antara kami..fazila,ain,azida,ana dan aku sendiri..kami berlima..owh rindunya aku ketika sekolah dlu2...

skrg suma dah berubah..ade yg keje..ade yg jd surirumah penuh mase..^_^..ade yg dah jd ibu..bakal ibu..bakal pengantin ujung bulan nih..dan 2 lg masih single n available..cuma sesekali je dpt bertemu..tu pun kdg2 xcukup geng..yelh time yg ni cuti..yg ni keje..bila dah kawen baru la dpt jupe ramai2..suma geng mai meraikan majlis..dan saat kami bersama,kami mcm dlu2 jgk..gile2 bila dah jupe..cuma gile2 dlm status yg berbeza..dlu masih anak dara..kini dah jd mak dara..hehehe..^_^..tp kami beruntung suamiku n suami ana memahami persahabatan kami..dorang xpernah menyekat persahabatan kami..tq abang..ni uat makin syg dekat abang..^_^...owh bahagianya saat kita bersama,sahabatku..

doaku agar tali yg mengikat persahabatan kami ini akan terus utuh..kemas..dan tersimpul mati..semoga persahabatan kami kekal bahagia hingga ke akhirnya..amin..uat teman2 ku..kaulah temanku dunia akhirat..tima kasih kerana menjadi sahabat aku..

Read More !

uNtuKmU iBu

| | 0 comments

selamat hari lahir mak..hari ni hari lahir mak yang ke 46..semoga mak sentiasa sihat..sentiasa dalam lindungan Allah s.w.t..juga dipanjangkan usia mak..dimurahkan lagi rezeki mak yg xpernah berkira ngan anak2 mak yg nakal nih..dan semua urusan mak dilancarkan..insyaAllah..amin..sayanggggggggggggg mak


myspace code
CommentEstate.com: Click Here To Get One
Myspace Code - Chicken Recipes - Watch Naruto Online

Read More !

MaCaM-MaCaM

| | 0 comments

Hari ni 11 mei 2008....ade yang mengatakan hari ni hari ibu..tp bg aku sbnrnya setiap hari adalah hari ibu..bkn sekadar hari ni saja kita mengucapkan kata2 syg..memberi ganjaran pd beliau..kenape mesti tunggu 11 mei??ibu bukannya mahukan wang ringgit..tetapi sekadar ingatan kita kpd dia..tp brp ramai anak2 sekarang yg mampu mengucapkan "ibu..saya syg kamu" secara direct..ianya tetap ade,tp hanya sebilangan shj..kebanyakan menyatakan rasa syg pada mereka melalui penulisan2 blog..forum..dan sebagainya..ape kate mulai skrg kita buang rasa malu(pk blk kenapa mesti rasa malu)..kita peluk dia,dan ungkapkan i luv u..



p/s:aku mmg sambut hari ibu..befday mak aku(14 mei)..^_^




I got this comment from MyCommentCodes.com

-----------------------------------------------------------

skrg ni aku baru je memulakan bacaan novel karya Habiburrahman El Shirazy..tajuk dia Di Atas Sajadah Cinta..ni pinjam punye maa..amik yg anak sedara punye..hehe..aku suka baca novel nih..tp mls nk beli psl skali je baca..aku xsuka ulang baca mende yg sama..psl jln ceta dah tau..(huhu..alasan..alasan)..skrg aku nk sambung blk bacaan aku..daaa..

Read More !

KaLau daH tAk suKa, puLaNgkaNLaH...

| | 2 comments

Kereta dihentikan betul-betul di hadapan rumah. Pintu pagar automatiknya terbuka. Perlahan kereta di halakan ke dalam garaj. "Horey! Papa balik!" Kelihatan anak-anaknya berlari mengiringi keretanya.



"Tepi! Bahaya tau tak?" Jeritnya.



Anak-anak termanggu. Cahaya kegembiraan di wajah mereka pudar.



"Aimin bawa adik ke belakang." Arahnya pada anak yang sulong.



Pulangnya petang itu disambut dingin oleh anak-anak. Isterinya turut terdiam bila mendengar anak-anak mengadu tentang papa mereka.



"Papa penat. Aimin bawa adik mandi dulu. Mama siapkan minum petang. Lepas minum papa mesti nak main bola dengan kita," pujuk Laila.



Dia yang mendengar di ruang tamu hanya mendengus. Seketika kemudian terdengar hilai tawa anak-anaknya di bilik mandi. Dia bangun.



"Hah! Main air. Bil bulan ini papa kena bayar dekat seratus. Cepat! Tutup paip tu! Buka shower!" Sergahnya. Suara yang bergema mematikan tawa anak-anaknya. "Asal saya balik rumah mesti bersepak. Kain baju berselerak. Apa awak makan tidur aje ke duduk rumah?" sambungnya kembali bila isterinya terpacul di belakang pintu.



"Anak-anak pa. Diorang yang main tu. Takpe nanti mama kemas. Papa minum ye. Mama dah siapkan kat taman." Balas isterinya lembut..



"Fail saya kat depan tu mana?"



"Mama letak dalam bilik. Takut budak-budak alihkan."



"Boleh tak awak jangan usik barang-barang saya? Susah tau tak? Fail tu patutnya saya bawa meeting tengahari tadi." Rungutnya sekalipun di hati kecil mengakui kebenaran kata-kata isterinya itu. Suasana sepi kembali.



Dia menarik nafas berat. Terasa begitu jauh berbeza. Dia tercari-cari riuh suara anak-anak dan wajah isterinya.



"Laila." Keluhnya Akhirnya dia terlena di sofa.

-----------------------------------------------------

"Saya nak ke out station minggu depan."



"Lama?" Soal Laila.



"Dalam seminggu."



"Cuti sekolah pun lama. Mama ikut boleh?"



"Budak-budak? "



"Ikut jugalah."



"Dah! Takde! Takde! Susah nanti. Macam-macam diorang buat kat sana. Tengok masa kat Legacy dulu tu."



"Masa tu Amirul kecik lagi." Balas Laila. Wajahnya sayu. Dia masih berusaha memujuk biarpun dia tahu suaminya tak mungkin berganjak dari keputusan yang dibuat. Tak mungkin peristiwa Amirul erpecahkan pinggan di hotel dulu berulang. Anak itu masih kecil benar sewaktu ia berlaku. Lagipun apa sangatlah harganya pinggan itu malahan pihak hotel pun tak minta ganti rugi. " Bolehlah Pa ! Lama sangat kita tak ke mana-mana." "Nak jalan sangat Sabtu ni saya hantar awak balik kampung," Muktamad! Demikianlah seperti kata-katanya. Anak-anak dan isterinya dihantar ke kampung. Laila tak merungut apa-apa meskipun dia tahu isterinya berkecil hati. Anak-anak terlompat riang sebaik kereta berhenti di pengkarangan rumah nenek mereka. Tak sampai setengah jam dia telah bergegas semula untuk pulang. Bapa mertuanya membekalkan sebuah kitab lama.



"Cuba-cubalah baca. Kitab tu pun abah ambil dari masjid. Dari mereka bakar abah ambik bagi kamu!"



"Manalah saya ada masa.." "Takpe..pegang dulu. Kalau tak suka pulangkan balik!" Dia tersentak dari khayalannya. "Kalau tak suka pulangkan balik!"

---------------------------------------------------------

Kata-kata itu bergema di fikirannya. Dia rasa tersindir. Tahukah bapa mertuanya masalah yang melanda rumahtangganya itu? Bukan..bukan tak suka malah dia tetap sayang sekalipun Laila bukan pilihannya. Dunia akhirat Laila adalah isterinya. Cuma.. "Mizi, makan!" Panggil ibunya yang datang menemaninya sejak seminggu lalu. "Jangan ikutkan hati. Yang sudah tu sudahlah."

---------------------------------------------------------

Papa! Makan!" Jerit Aiman ,anak keduanya sambil tersengih-sengih mendapatkan dirinya.



"Tak boleh panggil papa elok-elok. Ingat papa ni pekak ke?"



Aiman menggaru kepalanya yang tak gatal. Pelik! Kenapa papanya tiba-tiba saja marah. Dia berpatah semula ke dapur.



"Awak masak apa?"



"Mama masak sup tulang dengan sambal udang!" jawab Amirul memotong sebelum sempat mamanya membuka mulut.



"Takde benda lain ke awak boleh masak? Dah saya tak nak makan. Hilang selera!"



"Papa nak ke mana?" Soal isterinya perlahan.



"Keluar!"



"Mama dah masak Pa!"



"Awak saja makan!"



"Takpe Aiman boleh habiskan. Cepatlah ma!"



Laila tahu Aiman hanya memujuk. Anak keduanya itu sudah pandai mengambil hatinya. Aimin tersandar di kerusi makan. Sekadar memerhati langkah papanya keluar dari ruang makan. "Kenapa sekarang ni papa selalu marah-marah ma?" Soal Aimin sambil menarik pinggannya yang telah berisi nasi. "Papa banyak kerja agaknya. Dah! Makan." "Abang tak suka tengok papa marah-marah. " "Adik pun sama. Bila papa marah muka dia macam gorilla kan ?"



Kata-kata Aiman disambut tawa oleh abang-abangnya yang lain. Laila menjeling. Di hati kecilnya turut terguris Besar sangatkah dosanya hingga menjamah nasi pun tidak. Kalau ada pun salahnya, apa?

--------------------------------------------------------

Syamizi menjengah ke ruang dapur. Kosong.



"Laila.." serunya



"Sudahlah tu Mizi! Jangan diingat-ingat. Kerja Tuhan ni tak dapat kita tolak-tolak. Bawak-bawaklah beristighfar. Kalau terus macam ni sakit kau nanti." Kata ibunya yang muncul tiba-tiba.



"Sunyi pulak rumah ni mak,"



"Lama-lama kau biasalah."



Airmatanya menitis laju. "Kalau tak suka pulangkan!" Dia rasa terhukum. Hampir segenap saat kata-kata itu bergema di sekitarnya. Dia rasa terluka. Kehilangan yang amat sangat.

------------------------------------------------------------

"Papa beli apa untuk Aiman?" Soal Aiman sebaik dia pulang dari outstationnya.



"Beli apa pulak? Barang permainan kan bersepah dalam bilik belakang tu."



"Tak ada lah?"



"Ingat papa ni cop duit?"



Aiman termanggu. Dia berlalu mencari mamanya di dapur. Seketika kemudian rumah kembali riuh dengan telatah anak-anak lelakinya yang bertiga itu mengiringi mama mereka yang sedang menatang dulang berisi hidangan minum petang.

Wajah Laila direnungnya. Ada kelainan pada raut itu. Riaknya tenang tapi ada sesuatu yang sukar ditafsirkannya. "Awak tak sihat ke?"

Laila tersenyum. Tangannya pantas menuang air ke cawan.

"Papa, tak lama lagi abang dapat adik lagi." Aimin mencelah di antara perbualan kedua ibu bapanya.

Shamizi tersenyum. Jemari isterinya digenggam erat. Tiba-tiba cawan berisi kopi yang masih panas terjatuh dan pecah di lantai. Aiman tercegat.

"Tengok! Ada saja yang kamu buat. Cuba duduk baik-baik. Kalau air tu tak tumpah tak sah!" Tempiknya membuatkan anak itu tertunduk ketakutan. Baju mamanya dipegang kejap.

Lengan Aiman dipegangnya kuat hingga anak kecil itu mula menangis. Pantas saja akhbar di tangannya hinggap ke kepala anaknya itu. Laila cuba menghalang tapi dia pantas dulu menolak isterinya ke tepi. Aiman dipukul lagi. Amirul menangis. Aimin mendapatkan mamanya.

"Perangai macam beruk! Tak pernah buat orang senang!"

Laila bangun dari jatuhnya dan menarik lembut Aiman ke dalam pelukkannya. Airmata mereka bersatu. Pilu sungguh hatinya melihat kekasaran suaminya terhadap anak-anak.

"Cukuplah pa. Papa dah hukum pun dia tapi janganlah sebut yang bukan-bukan. " Ujar Laila perlahan

"Macamana awak didik budak-budak sampai macam ni teruk perangainya? Tengok anak orang lain ada macam ni? Anak kak Long tu tak pulak macam ni. Panjat sana , kecah barang. Gila apa?" Omelnya kembali.
------------------------------------------------------------
Shamizi meraut wajah. Bukan kepalang salahnya pada Aiman. Padanya anak itu tak pernah dapat memuaskan hatinya. Ada saja salah Aiman di matanya. Ada saja yang kurang di hatinya terhadap anak-anak dan isteri. Tak cukup dengan perbuatan malah dia begitu mudah melemparkan kata-kata yang bukan-bukan terhadap mereka.
-------------------------------------------------------------
"Tak boleh ke kamu semua senyap? Dalam sehari ni boleh tak diam? Rimas betul duduk dalam rumah ni." Laila menyuruh anak-anaknya bermain di halaman belakang rumah. Memberi sedikit ruang buat suaminya menonton dengan tenang. Malangnya tak lama kemudian kedengaran bunyi tingkap kaca pecah. "Celaka betul!" Sumpahnya sambil menghempaskan akhbar ke meja. "Abang!"

"Baik awak tengok anak-anak awak tu sebelum saya hambat dengan rotan! Perangai satu-satu macam tak siuman!" Getusnya kasar.

Akhirnya tingkap yang pecah kembali diganti. Cerita sumpah seranahnya petang itu hilang begitu saja. Laila berubah. Sikapnya yang pendiam menjadi semakin pendiam. Anak-anak juga sedikit menjauh. Tak ada lagi cerita Amirul di tadika. Tak ada lagi kisah Aimin yang cemerlang di dalam sukan sekolahnya. Aiman juga tak lagi mahu memanggilnya makan.

Shamizi terasa puas hati. Barangkali itu saja caranya untuk memberi sedikit pengajaran pada anak-anak.
-------------------------------------------------------
"Pak Ngah, Eddie nak balik!" Shamizi terpana. Dia mengangguk. "Kak Long balik dulu Mizi. Sudahlah! Kamu muda lagi. Cari pengganti." Alangkah mudahnya. Kalaulah dia boleh bertemu lagi yang serupa seperti Laila. Laila tak ada yang kurang Cuma dia yang tak pernah puas hati. Laila tak pernah merungut. Laila tak pernah membantah. Sepanjang usia perkahwinan mereka Laila tak pernah meminta lebih dari apa yang dia beri. Laila cuma dapat gred B walaupun dia teramat layak untuk mendapat gred yang lebih baik dari A.
--------------------------------------------------------
"Papa nak ke mana hensem-hensem gini?" Dia tersenyum sambil menjeling ke cermin meninjau bayang isterinya yang kian sarat. "Wangi-wangi lagi. Dating ye?"

"Saya ada makan malam di rumah bos besar. Dia buat makan-makan untuk staff." Ujarnya masih leka membetulkan kolar kemeja batiknya.

"Ikut boleh?"

"Dia tak ajak family. Staff only!" Terangnya sedangkan difikirannya terfikir lain. Kali ni dia akan pergi ke jamuan tu dengan Helmi. Helmi akan turut menumpangkan Maria dan Harlina. Staff yang masih muda dan bujang.

"Dalam setahun papa selalu ke jamuan office tapi tak pernah pun bawak kami."

"Leceh kalau ada budak-budak. Bukan tau duduk diam Lari sana sini, panjat itu ini. "

"Papa pesanlah..."

"Nantilah besar sikit." Dalihnya.

"Kalau tunggu besar takut takde peluang. Nanti diorang tu dah tak nak ikut pergi mana pun."

"Lagi senang.. Saya kalau lasak-lasak ni buat hati panas je,"

Laila terdiam. "Namanya budak-budak. Anak-anak papa tu lelaki."

"Saya pergi kejap je. Lepas tu terus balik."

"Mama tanya sikit boleh?" Dia mengangguk

"Bos tak pelawa atau papa malu nak bawa mama dan anak-anak?"

Mereka dia tinggalkan di rumah. Di jamuan tu ramai staff yang membawa keluarga mereka bersama. Pada Shamizi dia mahukan keselesaan sedangkan hakikatnya anak-anak staff yang lain lebih lasak dan nakal. Semeja hidangan untuk anak-anak staff berderai bila ada yang bermain tarik-tarik alas kainnya.

"Never mind. Budak-budak memang macam tu. Kalau tak lasak tak cerdik," ujar Mr. Kwai, tuan rumah.

Shamizi sedikit mengakui kebenaran kata-kata itu.. Anak-anaknya pun nakal tapi amat membanggakan dalam pelajaran. Namun dia rasa serba tak kena bila bersama mereka. Bimbang ada yang menyata yang bukan-bukan tentang anak-anaknya yang lasak apatah lagi tentang isterinya Laila. Bimbang dimalukan dengan perangai anak-anaknya. Bimbang jika dikatakan Laila tidak sepadan dengan dirinya. Dia lulusan luar negara sedang Laila cuma perempuan kampung. Tak pandai bergaya seperti staff wanita yang lain. Betullah jangkaan Laila, dia malu untuk memperkenalkan isteri dan anak-anaknya pada rakan-rakan.

"Kalau tak suka pulangkan!" Kata-kata itu semakin keras di fikirannya. Pagi itu anak-anak sekali lagi dimaki sebelum ke sekolah. Semata-mata bila Aimin dan Aiman bergelut berebutkan tempat duduk di meja makan menyebabkan air cuci tangan tumpah ke meja. Berangnya tiba-tiba menguasai diri. Kepala kedua-duanya di lagakan sedangkan perebutan itu tidak pula disusuli dengan perkelahian. "Kamu semua ni..kalau macam ni daripada ada elok tak ada. Menyusahkan! " Laila merenungnya dalam.. Matanya berkaca dan anak-anak ke sekolah tanpa menyalaminya seperti selalu. Laila juga tidak berkata apa-apa sebelum menghidupkan enjin untuk menghantar anak-anak ke sekolah. Shamizi dapat melihat Laila mengesat airmatanya. Dia terus enghadapi sarapannya. Sejenak dia terpandang hidangan untuk anak-anak yang tak bersentuh. Susu masih penuh di cawan.. Roti telur yang menjadi kesukaan anak-anak juga tidak dijamah. Bekal di dalam bekas tidak diambil. Pelik! Selama ini Laila tak pernah lupa.. "Kalau tak suka pulangkan,"
--------------------------------------------------------
Kali ini dia benar-benar menangis. Laila dan anak-anak terus tak pulang selepas pagi itu. Hari-harinya tak lagi diganggu dengan gelagat anak-anak. Rumah terus sunyi dan sepi. Tetap dia tak dapat tidur dengan lena. Di halaman belakang hanya ada kenangan. Kelibat anak-anaknya bergumpal dan berlari mengejar bola tak lagi kelihatan. Riuh anak-anak bila mandi di bilik air juga tidak lagi kedengaran. Dia mula dihambat rindu. Hanya ada kesunyian di mana-mana. Hanya tinggal bola yang terselit di rumpun bunga.

Selaut rindu mula menghambat pantai hatinya. Laila. Benarlah, kita hanya tahu harganya bila kita kehilangannya. Laila terus tak pulang sekalipun dia berjanji untuk berubah. Laila pergi membawa anak-anaknya pagi itu bila kereta mereka dirempuh sebuah kereta lain yang dipandu laju. Laila pergi tanpa meninggalkan satu pun untuknya.. Laila pergi membawa Aimin, Aiman, Amirul dan zuriat yang bakal dilahirkan dua bulan lagi..

Dia menangis semahu-mahunya bila menatap wajah lesi anak-anak dan isterinya. Dia meraung memeluk tubuh Laila yang berlumuran darah. Hakikatnya Laila adalah kitab lama itu, lapuk bagaimana pun dipandangan harganya tak terbanding, dan kerana keengganannya Laila dipulangkan.
-----------------------------------------------


♥♥ Jika kebahagiaan sidia bermakna kita terpaksa melepaskan sidia maka biarkanlah itu terjadi ♥♥

♥♥ Kerana melihat kebahagiaan orang yang dicintai jauh lebih baik drpd kita berada dekat disisinya tetapi tidak memiliki cintanya ♥♥

Read More !

Kasih Sorang Ibu

| | 0 comments

“Nurse, boleh saya tengok bayi saya?” ibu muda yang baru bersalin itu bersuara antara dengar dan tidak kepada seorang jururawat.

Sambil tersenyum jururawat membawakan bayi yang masih merah itu. Si ibu menyambut dengan senyum meleret. Dibuka selimut yang menutup wajah comel itu, diciumnya berkali-kali sebaik bayi tersebut berada dipangkuan.

Jururawat kemudian mengalihkan pandangannya ke luar tingkap. Tidak sanggup dia bertentang mata dengan si ibu yang terperanjat melihat bayinya dilahirkan tanpa kedua-dua cuping telinga.

Namun gamamnya cuma seketika. Dakapan dan ciuman silih berganti sehingga bayi yang sedang lena itu merengek. Doktor bagaimanapun mengesahkan pendengaran bayi itu nor! mal, sesuatu yang cukup mengembirakan si ibu.

Masa terus berlalu…

Pulang dari sekolah suatu tengahari, anak yang tiada cuping telinga itu yang kini telah memasuki alam persekolahan menangis memberitahu bagaimana dia diejek rakan-rakan. “Mereka kata saya cacat,” katanya kepada si ibu.

Si ibu menahan sebak. Dipujuknya si anak dengan pelbagai kata semangat. Si anak menerimanya dan dia muncul pelajar cemerlang dengan menyandang pelbagai jawatan di sekolah. Bagaimanapun tanpa cuping telinga, si anak tetap merasa rendah diri walaupun si ibu terus memujuk dan memujuk. Ayah kanak-kanak itu bertemu doktor. “Saya yakin dapat melakukannya jika ada penderma,” kata pakar bedah. Bermulalah suatu pencarian bagi mencari penderma yang sanggup berkorban.

Setahun berlalu…

“Anakku, kita akan menemui doktor hujung minggu ini. Ibu dan ayah telah mendapatkan seorang penderma, tapi dia mahu dirinya dirahsiakan, ” kata si ayah. Pembedahan berjalan lancar dan akhirnya si anak muncul sebagai manusia baru, kacak serta bijak. Pelajarannya tambah cemerlang dan rasa rendah diri yang kerap dialaminya hilang.

Rakan-rakan memuji kecantikan parasnya. Si anak cukup seronok, bagaimanapun dia tidak mengabaikan pelajaran. Pada usianya lewat 20-an, si anak menjawat jawatan tinggi dalam bidang diplomatik.

“Sebelum saya berangkat keluar negara, saya ingin tahu siapakah penderma telinga ini, saya ingin membalas jasanya,” kata si anak berkali-kali. “Tak mungkin,” balas si ayah. “Perjanjian antara ayah dengan penderma itu masih berjalan. Tunggulah, masanya akan tiba.” “Bila?” tanya si anak.

“Akan tiba masanya anakku,” balas si ayah sambil ibunya mengangguk-angguk. Keadaan terus kekal menjadi rahsia bertahun-tahun lamanya.

Hari yang ditunggu tiba akhirnya. Ketika si anak berdiri di sisi keranda ibunya, perlahan-lahan si ayah menyelak rambut ibunya yang kaku

Gelap seketika pandangan si anak apabila melihat kedua-dua cuping telinga ibunya tiada.

“Ibumu tidak pernah memotong pendek rambutnya,” si ayah berbisik ke telinga anaknya. “Tetapi tiada siapa pernah mengatakan ibumu cacat, dia tetap cantik, pada ayah dia satu-satunya wanita paling cantik yang pernah ayah temui. Tak percaya… tanyalah pada sesiapa pun kenalannya.”

p/s : betapa besarnya pengorbanan seorang ibu..T_T

Read More !

Roti Goreng Sardin

| | 0 comments


resepi sendiri tp foto pinjam..^_^

.: 1 tin kecik sardin (di penyek2 / hancurkan)
.: 1 buku roti hiris (pendek)
.: telur (dipukul lembut)
.: 1 camca kecil tepung gandum (di + sedikit air utk jdkan gam)
.: minyak utk mengoreng

~ amik roti..then masukkan sedikit sardin yg telah dihancurkan
~ gulung roti
~ amik sedikit tepung yg tlh dicampur sedikit air..sapukan pd gulungan terakhir(xmo bg gulungan terbukak)
~ celup dlm telur
~ goreng..nk lg sedap mkn ngan sos cili..

ni resepi paling senang nak disediakan..kalu ade lebihan roti dan makanan ptg xde,ni la cara penyelesaian dia..sesuai tuk minum ptg..

Read More !

Doa Seorang Kekasih

| | 0 comments


Read More !

[ .:safashasyahu:. © 2009 ]
[ Designed by وان ][ Powered by Blogger ]

[ Top ]
[ Home ]