Fadhilat Bulan Rejab

| | 1 comments

"Sabda Nabi s.a.w.: Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab, nescaya Allah muliakan kamu dengan seribu kemuliaan dihari kiamat. Sabda Nabi s.a.w.: Bulan Rejab Bulan Allah, Bulan Sya'aban bulanku & bulan Ramadhan bulan umatku.

Kemuliaan Rejab dengan malam ISRAK MIKRAJnya, Sya'aban dengan malam NISFUnya Ramadhan dengan LAILATUL-QADARnya. Malam awal Rejab mustajab do'anya.(Dalam Kitab Raudhoh Imam Nawawi)

Semoga kita bersama-sama mendapat fadhilat di bulan yang mulia ini.Pada hari Isnin tanggal 16 Julai 2007, kita memasuki bulan Rejab. Bulan Rejab adalah bulan ALLAH SWT. Diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda, "Ketahuilah bahwa bulan Rejab itu adalah bulan ALLAH SWT, maka:

* Barang siapa yang berpuasa satu hari dalam bulan ini dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH SWT

* Dan barang siapa berpuasa pada tanggal 27 Rejab 1428/Isra Mi'raj (Sabtu, 11 Ogos 2007) akan mendapat pahala seperti5 tahun berpuasa

* Barang siapa yang berpuasa dua hari di bulan Rejab akan mendapat kemuliaan di sisi ALLAH SWT

* Barang siapa yang berpuasa tiga hari yaitu pada tanggal 1, 2, dan 3 Rejab (16,17,18 Julai 2007) maka ALLAH SWT akan memberikan pahala seperti 900 tahun berpuasa dan menyelamatkannya dari bahaya dunia dan siksa akhirat

* Barang siapa berpuasa lima hari dalam bulan ini, insyaallah permintaannya akan dikabulkan Allah SWT

* Barang siapa berpuasa tujuh hari dalam bulan ini, maka ditutupkan tujuh pintu neraka Jahanam dan barang siapa berpuasa lapan hari maka akan dibukakan lapan pintu syurga

* Barang siapa berpuasa lima belas hari dalam bulan ini, maka ALLAH SWT akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barang siapa yang menambah (hari-hari puasa) maka ALLAH SWT akan menambahkan pahalanya.

"Sabda Rasulullah SAW lagi :"Pada malam Mi'raj, aku melihat sebuah sungai yang airnya lebih manis daripada madu, lebih sejuk daripada air batu dan lebih harum daripada minyak wangi, lalu aku bertanya pada Jibril as "Wahai Jibril untuk siapakah sungai ini?" Maka berkata Jibril as "Ya Muhammad sungai ini adalah untuk orang yang membaca salawat untuk engkau di bulan Rejab ini."

Dalam sebuah riwayat Tsauban bercerita :"Ketika kami berjalan bersama-sama Rasulullah SAW ke sebuah kubur, lalu Rasulullah SAW berhenti dan beliau menangis dengan amat sedih, kemudian beliau berdoa kepada ALLAH SWT. Lalu saya bertanya kepada beliau "Ya Rasulullah, mengapakah engkau menangis?" Lalu baginda bersabda "Wahai Tsauban, mereka itu sedang diseksa dalam kuburnya dan aku berdoa kepada ALLAH SWT, lalu ALLAH SWT meringankan atas mereka." Sabda beliau lagi "Wahai Tsauban, kalaulah sekiranya mereka ini mau berpuasa satu hari dan beribadah satu malam saja di bulan Rejab niscaya mereka tidak akan diseksa di dalam kubur."

Tsauban bertanya "Ya Rasulullah, apakah hanya berpuasa satu hari dan beribadah satu malam dalam bulan Rejab sudah dapat mengelakkan dari seksa kubur?" Sabda beliau "Wahai Tsauban, demi ALLAH Zat yang telah mengutus aku sebagai nabi, tiada seorang muslim lelaki dan perempuan yang berpuasa satu hari dan mengerjakan sholat malam sekali dalam
bulan Rejab dengan niat karena ALLAH SWT, kecuali ALLAH SWT mencatatkan baginya seperti berpuasa satu tahun dan mengerjakan sholat malam satu tahun.

" Sabda baginda lagi "Sesungguhnya Rejab adalah bulan ALLAH, Sya'ban Adalah bulan aku dan bulan Ramadhan adalah bulan umatku." "Semua manusia akan berada dalam keadaan lapar pada hari kiamat, kecuali para nabi, keluarga nabi dan orang-orang yang berpuasa pada bulan Rejab, Sya'ban dan bulan Ramadhan. Maka sesungguhnya mereka kenyang, serta tidak akan merasa lapar dan haus bagi mereka."

Read More !

Jom Memasak Bersama Remaja

| | 2 comments

Hari ni 13 julai 2007 angah ade join satu program jom memasak bersama remaja di perkarangan PASTI Alor Tembesu, Dungun..program ni anjuran Remaja Halwa Dun Sura..majlis ini bermula pada pukul 2.30 petang hingga 6.00 petang..majoriti yang hadir ialah muslimat dari setiap cawangan..acara dimulakan dengan sedikit motivasi tuk remaja khususnya dan ibu bapa serta para jemputan amnya..kemudian barulah dimulakan pertandingan memasak..sementara juri membuat penilaian,cabutan bertuah serta pemenang bagi kategori teka kacang turut diadakan..angah mewakili cawangan angah tuk buat mee goreng..even benda ni dah biase buat tp bila depan orang mmg ketaq semacam..darah gemuruh..hehe..group angah sekadar dapat saguhati jerk..hadiah kat sebelah tu tuk semua yang join..9 group yang terlibat..tuk suka-suka..pape pun memang bez join aktiviti begini..aktiviti cam ni boleh eratkan dan kukuhkan lagi hubungan antara remaja-remaja..yelh yang satu group ngan angah tu,angah xpernah kawan pun ngan dia..Alhamdulillah join ni dapat mengeratkan hubungan kami..yelh aktiviti macam ni perlukan kita tuk bekerjasama..angah setuju kalau aktiviti sebegini diadakan sekerap mungkin supaya sikap kerjasama dan bantu-membantu wujud diantara remaja khususnya..waktu yang terluang juga dapat diisi sebaik mungkin..majlis akhirnya ditutup pada pukul 6.00 petang..

Read More !

Coca-Cola & Mentos Boleh Membunuh

| | 2 comments



beberapa kes kematian kanak-kanak dilaporkan berlaku selepas makan gula-gula mentos (mengandungi metanol) dan minum coca-cola/pepsi secara serentak





bagaimana mentos dan coca-cola boleh membunuh?


bahan mentol akan bertindakbalas dengan cepat apabila dicampurkan dengan air berkarbonat coca-cola/pepsi dan menghasilkan gas yang banyak. kandungan gas yang bertambah secara mendadak akan menyebabkan perut mengembung secara mengejut dan menyempitkan ruang pernafasan paru-paru. mangsa mungkin mengalami sesak nafas kerana ruang paru-paru tidak boleh mengembang. jika ini berlaku dalam tempoh yang panjang (lebih dari 5 minit) boleh menyebabkan kematian.

Read More !

Rokok Oh Rokok

| | 0 comments

Ni lah antara bahan-bahan yang terkandung dalam sebatang rokok..bayangkan apa yang kita sedut selama ni adalah racun-racun,cat,pembersih tandas dan sebagainya..rasanya kalau bahan-bahan ni dihidang depan mata sanggup ke kita makan?orang yang xwaras je sanggup lakukan..so kepada perokok-perokok tegar tu,brentilah melakukan perbuatan yang sia-sia..kamu seolah-olah membunuh diri sendiri dan orang berhampiran..membazirkan wang..tahukah kamu bahawa yang menghidu asap rokok tu lebih teruk dari yg menyedutnya?sayangi diri,keluarga dan masyarakat sekeliling..amalkan gaya hidup sihat..katakan xnak pada rokok!!

Read More !

Khasiat Bunga Duri Tujuh

| | 4 comments


ni bunga duri tujuh..makan camtu pun tak pe..pucuknya dibuat ulam..




ni lak batang pokok duri tujuh..apa yang angah tau antara kegunaan pokok ni tuk merawat penyakit darah tinggi dan jgk kanser..insyaAllah..rasa lak tak tau la psl angah mmg xmakan ulam..hehe..

Read More !

Buah Melaka Punyer Criter

| |


sejak akhir-akhir ni rajin semacam je buat makanan petang..baru-baru ni tambah lagi koleksi buku kue ni..beli tuk kek ngan roti lak..sebenarnya angah memang minat bab masak memasak nih..
petang smlm buat la kue buah melaka..sebelum ni da biasa buat..tp smlm konon2 nak ikut buku la..mcm baru 1st time la..ikut sebijik buku tu..buku tu ckp letak air panas dlm tepung pulut tu..gaul punya gaul adunan masih jgk melekat kat tgn..tambah lagi tepung..lekat jgk..cam chewing gum da..astaga mak terkejut tgk..aduss pakat gelak ramai2..terpaksa la gentel guna tepung..huhu memang sadis tul la..dlm lembik camtu pun abis jgk..sebiji je angah sempat mkn..xpelh janji puas ati psl abis jgk..huhu (",)

Read More !

majlis idul ilmi-kusza

| | 0 comments

konvokesyen


tanggal 05 jun 2007 kusza telah menganjurkan majlis idul ilmi buat semua graduan yg berjaya menamatkan pengajian..angah pun turut serta jgk dlm majlis yg serba sederhana itu..walaupun masa tu semua student cuti tapi syukur sgt pasal semua berjalan lancar..tima kasih buat mak,ayah,tok,to'ki sebab sudi mai majlis bersejarah tu..yang beznya dapat jumpa member-member lama..semua da lain,maklum la ramai yg da keje..peluang yg ada di guna sebaik mungkin..walaupun kami berjumpa selama dua hari je tp mmg bez sgt..terubat rindu di hati..kalau ikutkan hati mau jgk sambung 3,4 hari lagi tp apakan daya cuti xbanyak..esok tu terus kena masuk keje balik..buat sahabat semua-kita kawan selamanya..peace..(",)



Read More !

.:uNtukMu TeMan:.

| | 3 comments

sahabat..
dalam kabut ku tercari-cari cahaya
akhirnya ku temui sinar ceria di raut wajahmu
andainya alam ini mampu berkata-kata
pastilah pujian buat dirimu
di waktu itu akulah yang bertuah
punya sahabat sepertimu


sahabat..
kau bimbinglah ku menuju cahaya Ilahi

sahabat..
aku lemah mengharungi ranjau dunia

sahabat..
aku ingin sepertimu dalam ketenangan
menghadapi hidup ini

sahabat..
ku bersyukur kerna mengenali dirimu
ku harap moga kita kan bersama
harungi segala suka duka
moga kejayaan milik kita
agar hidup menuju mulia..

Read More !

Seindah Hiasan Adalah Wanita Solehah

| | 0 comments

Kau di gelar sebagai penyeri dunia...
hadir mu melengkap hubungan manusia...
bukan saja dirindui yang biasa...
malah adam turut sunyi tanpa hawa...
akalmu senipis bilahan rambut...
tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu...
jua hatimu bak kaca yang rapuh...
kuatkanlah ia dengan iman yang teguh...

Tercipta engkau dari rusuk lelaki...
bukan dari kaki untuk di alasi...
bukan dari kepala untuk di junjung...
tapi dekat di bahu untuk dilindung...
dekat jua di hati untuk di kasihi...
engkaulah wanita hiasan duniawi....

Mana mungkin...
lahirnya bayangan yang lurus elok...
jika datangnya dari kayu yang bengkok...
begitulah peribadi yang di bentuk...

Didiklah wanita dengan keimanan..
bukannya harta ataupun pujian...
kelak tidak derita...
berharap pada yg binasa....
engkaulah wanita istimewa...

Sedarilah insan istimewa..
bahawa kelembutan bukan kelemahan...
bukan jua penghinaan dari Tuhan...
bahkan sebagi hiasan kecantikan

Read More !

IbU sUkA mEnIpU

| | 0 comments

1.ketika aku masih kecil aku memang tidak kenal erti kesusahan..yang aku tau bila lapar makan..pernah satu hari nasi yang ku makan tidak cukup lalu ibu memberi sebahagian nasinya padaku..katanya makanlah ibu tidak lapar

2.sejak ayahku meninggal ibu sering pergi menangkap ikan untuk mencari lauk untuk dimakan..aku lihat ibu hanya memakan sisa2 daging yang melekat di tulang ikan..bila aku memberinya ikan ibu kata makanlah ibu tak makan ikan

3.ketika aku di sekolah rendah aku pernah mengajak ibu untuk menemani ku ketika peperiksaan..dari dalam dewan kekadang aku lihat ibu sapu peluh di dahi akibat cuaca panas di luar..ketika keluar dewan aku terus meluru kearah ibu lalu ibu tuangkan air kopi yang dibawa dari rumah..aku bagi ibu air tp ibu menolak dengan alasan ibu tak dahaga.

4.ibu juga pernah berjaga malam untuk buat kuih jualan bagi menampung hidup kami.bila aku terjaga aku nampak ibu tersengguk-sengguk..aku menghampiri ibu..aku tanya kenapa ibu masih tak tidur..ibu cakap kamu tidurla dulu,ibu belum mengantuk

5.pernah orang kampung mahu memberi bantuan kepada keluarga kami...tak kurang jgk yang mau ibu kahwin lagi tuk menemani ibu.tapi ibu cakap ibu tak sunyi.

6.apabila aku dewasa setelah habis belajar aku mendapat pekerjaan yang baik..aku pernah mempelawa ibu untuk bercuti ke luar negara..kerana bagiku pada waktu seperti ini ibu sepatutnya berehat..tapi ibu kata tak pe lah,ibu tak biasa kat tempat orang

7.abang,kakak dan aku pernah mengirim duit untuk ibu belanja tapi ibu bagi balik duit tu..kata ibu,ibu tak
susah..ibu ada duit

8.hari tu ibu sakit dan perlu membuat pembedahan..aku segera pulang menemui ibu..ketika di hospital ibu senyum melihat aku..aku tau ibu sakit akibat dari pembedahan itu..tapi ibu tetap senyum dan kata jangan la nangis ibu tak sakit..

9.kini akhirnya ibuku telah tiada..aku memang menyayangi ibu tapi dalam tempoh aku bersama ibu belum pernah aku memberitahunya "ibu aku sayang padamu"..

p/s : syukur mak masih ada...for my mom......

ketika aku di belai
kasih sayangmu terindah
kau tersenyum bila melihat diri ini..
kini ku telah dewasa
kasih sayangmu tak berbelah
hanya pada diriku..

Read More !

mY hEaRt

| | 0 comments

Disini kau dan aku
terbiasa bersama
menjalani kasih sayang
bahagia kudenganmu

pernahkah kau menguntai
hari paling indah
ku ukir nama kita berdua
disini surga kita

bila kita mencintai yg lain
mungkin kah hati ini akan tegar
sebisa mungkin tak akan pernah
sayang ku akan hilang

if u love somebody
could we be this strong
i will fight to win
our love will conquer all
wouldnt reach my love
even just one night
our love will stay in my heart
my heart

pernahkah kau menguntai
hari paling indah
ku ukir nama kita berdua
disini surga kita

bila kita mencintai yg lain
mungkin kah hati ini akan tegar
sebisa mungkin tak akan pernah
sayang ku akan hilang
if u love somebody
could we be this strong
i will fight to win
our love will conquer all
wouldnt reach my love
even just one night
our love will stay in my heart
my heart


Read More !

Hilangnya Sebutir Permata

| | 0 comments

2007

di awal bermulanya tahun 2007 keluarga kami di uji dengan ujian nenek terpaksa dimasukkan ke hospital sehari selepas hari raya korban..setelah seminggu di tahan di wad dia dibenarkan pulang..tak lama lepas tu atuk pula kena masuk hospital..alhamdulillah kini kedua2nya sihat walafiat

januari 2007

tiada apa yg membimbangkan hati ini..seluruh keluarga sihat saja..masa tu tanda2 bengkak pada muka abang sudah kelihatan..sering abang mengadu dia agak sukar untuk bernafas..aku anggap tu semua akibat dari tabiat dia yg suka merokok..tp dia masih bekerja..masih sihat pada pandangan mata kasar..

februari 2007

bengkaknya kian ketara..aku kesal sangat bila pi check kat hospital dungun..doctor cakap tu hanya bengkak kesan dari bangun tido..terdapat juga benjolan pada dadanya..akhirnya ayah ajak abang berubat secara homeopathy..dari situ dia saspek abang mengalami masalah pada kelenjar tiroid..abang pernah cakap tahun ni adalah tahun yg di uji kekuatan dan kesabaran mak dan ayah

namun masih tiada perubahan..ayah bawa abang ke klinik berhampiran..doctor kat situ sarankan abang dirujuk ke specialist hospital di kuala trg..lepas scan doctor mengesahkan abang mengidap ketumbuhan diantara paru-parunya..

abang kene masuk wad dihospital kuala trg selama 10 hari..hanya rawatan susulan yg diberikan..waktu tu abang masih mampu ketawa..masih bergurau dengan kami..abang memang suka hiburkan hati kami semua..abang sendiri cakap abang ni pesakit yg sihat..makan tak pernah tinggal sisa..

abang dibenarkan balik sebelum diminta utk datang semula bagi ambil sampel tisu utk dikaji jenis penyakit sebenar..

mac 2007

selepas tisu diambil,abang kian lemah..abang mengalami batuk-batuk yg berlanjutan..tp abang masih mampu drive kereta..

22 mac 2007

abang batuk berterusan..sampai satu tahap abang pitam dan terus tersungkur..abang kami bawa ke hospital dungun..masa tu kami ingat hari tu hari terakhir bersama abang..mmg dh teruk masa tu..ape yg kami kesalkan abang hanya di beri panadol pd masa tu..padahal abang dah tunjukkan rekod rawatan semasa di HSNZ..keluar dari hospital abang jadi makin lemah..abang dh jarang drive..kalu abang drive gak dia cpt rasa lenguh..abang sukar utk bernafas..satu hari masa lunch ayah ade buat lawak..abang gelak..abang cakap dah lama abang xgelak cmni..

pernah satu ketika abang jg tak keruan..tiba2 je kepala dia mcm digoyang-goyang..nak suap makan pun susah..mcm2 cara kami cuba..panggilkan ustaz dan mcm2..akhrinya abang ok balik..tp tak sekuat dulu lg..tiada lagi gurauan dari dia..hanyalah pandangan sayu buat kami..abang xmampu utk berjalan sendiri..abang dipapah utk mandi dan berwudhuk..pernah satu ketika abang merangkak utk ambil wudhuk

12 april 2007

abang mintak mak bawanya ke HSNZ..dia tak tahan lagi menanggung sakit..dah sebulan lebih tp result for tisu yg diambil masih tiada jawapan..abang mak hantarkan ke hospital..kat sana abang terus dimasukkan oksigen..oksigen dlm badan abang terlalu kurang..tido abang tidak menentu..sudah lama abang xtido..tido pun seketika cuma..abang mcm kene asthma..baring pun sekejap je..pas2 cpt2 bangun..tp masa di HSNZ abang dah boleh tido..abang nampak makin sihat..cuma masih guna oksigen..abang dh boleh baring2..

16 april 2007

selepas result dh dapat abang diarahkan ke HUSM kubang kerian..abang disahkan menghidap kanser kelenjar..ayah banyak berkorban utk abang..ayah ambil cuti utk jaga abang..ayah ckp abang kat sana makin ok..oksigen dh xguna lagi..kami hepy dgr tu semua

18 april 2007

mak,pak su,mak su dan mak ngah serta adik pergi melawat abang..aku xpergi coz dah banyak ambil cuti..mak ckp abang dah ok..suaranya dah makin timbul..dulu suaranya hampir hilang sebab batuk yg berlanjutan..tercapai jgk hasrat abang nak jupe mak..yelh masa kat HSNZ lagi dia da pesan..kalau dia dihantar ke HUSM dia nak mak pegi jgk..sebab tu dia nangis bila mak mai tengok dia

3.40 ptg (18 april 2007)

mak mintak izin ngan abang nak turun..mak nak pi solat..tp mak xckp nak balik..takut abang kecil hati..masa mak sampai td pun abang dah menangis..ayah ikut skali..abang dah cakap ayah jgn turun jaga abang tp ayah turun juga pasal nak settle kan borang pencen ayah..mak lupa nak bawak naik..ayah bgtau abang yg ayah turun sekejap je

4.30 ptg (18 april 2007)

masa ayah naik orang kat situ ckp abang jatuh..ayah cpt2 call mak..mak patah balik..patient kat situ ckp abang jatuh masa nak turun dari kerusi roda lepas kuar dari toilet..masa tu nurse yg bawak..dorang cakap hidung abang terhantuk pada besi katil..banyak darah keluar..abang dah xsedarkan diri

8.00 mlm (18 april 2007)

aku call mak lps tgk ade misscall dari mak pukul 5.30..mak ckp abang dah nazak..mak suruh kami adik beradik bacakan yaasin utk abang..dalam esakan kami bacakan yaasin buat abang..

9.25 mlm (18 april 2007)

mak call guna handset abang..masa tu pic abang yang muncul kat skrin phone aku..ntah cmne aku rasa cam abang yg call..bukan main hepy rasanya coz abang dah sihat balik..tp rupa-rupanya panggilan tu dari mak..mak cakap abang dah tak ade..abang meninggal pukul 9.15 malam..saat itu hanya ayah yg menemani..mak masa tu di rakaat akhir solat isyak..atih (adik aku) meraung saat aku lafazkan innalillahiwainnailahirajiun..

kini abang pergi buat selama-lamanya..pergi tak kembali..hanya gurauan abang buat kami terus terngiang-ngiang di telinga ini..ade saja yg dibuatnya tuk melihat kami senyum..budi abang,jasa abang kami kenang sampai bila2..terlalu sukar utk lupakan pegorbanan abang buat kami xkira masa susah atau senang..2007 amat bermakna bagi kami..1001 kenangan bersamanya sentiasa terbayang di ruang mata..

abang...angah akan ambil alih tmpt abang utk jaga mak,ayah dan adik2 kita..

tulus ikhlasmu
luhur budimu bagai tiada pengganti
senyum tawamu
juga katamu menghiburkan kami
memori indah kita bersama
terus bersemadi
selama-lamanya

Read More !

TaNdA 100 HaRi SeBeLuM MaTi

| | 0 comments

Tanda 100 hari sebelum hari mati.

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru saja disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

Tanda 40 hari sebelum hari mati


Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya keatas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabutnyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.


Tanda 7 hari

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan

Tanda 3 hari

Pada ketika ini akan terasa denyutan dibahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orangyang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

Tanda 1 hari

Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

Tanda akhir

Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula. Sesengguhnya mengingati mati itu adalah bijak


.:: LaHiRnYa MaNuSiA Di SaMbUt DeNgAn AzAn.... MaTiNyA MaNuSiA dI iRiNgi SoLaT.... AnTaRa aZaN & SoLaT....... aLaNgKaH SiNgKaTnYa HiDuP iNi ::.

Read More !

Ainul Mardhiah

| | 0 comments

Dirimu pembakar semangat perwira
Rela berkorban demi agama
Kau jadi taruhan berjuta pemuda
Yang bakal dinobat sebagai syuhada'
Itulah janji pencipta yang Esa

Engkaulah bidadari dalam syurga
Bersemayam di mahligai bahgia
Anggun gayamu wahai seorang puteri
Indahnya wajah bermandi seri
Menjadi cermin tamsilan kendiri
Untuk melakar satu wacana
Buatmu bernama wanita

Ainul Mardhiah
Kau seharum kuntuman di taman syurga
Menanti hadirnya seorang lelaki
Untuk menjadi bukti cinta sejati

Oh Tuhan
Bisakah dicari di dunia ini
Seorang wanita bak bidadari
Menghulurkan cinta setulus kasih
Di hati lelaki bernama kasih

Read More !

[ .:safashasyahu:. © 2009 ]
[ Designed by وان ][ Powered by Blogger ]

[ Top ]
[ Home ]